Woo Do Hwan, Lee Yoo Mi, Oh Jung Se & Kim Hae Sook setuju digandingkan untuk siri Netflix terbaru

Drama siri terbaru Netflix “Mr. Plankton” telah mengesahkan barisan pelakonnya iaitu Woo Doo Hwan, Lee Yoo Mi, Oh Jun Se dan Kim Hae Sook.

“Mr. Plankton” ditulis naskhahnya oleh Jo Yong daripada “It’s Okay to Not Be Okay” dan diarahkan oleh Hong Jong Chan yang menerajui “Juvenile Justice” dan “Dear My Friends.” Siri baharu Netflix ini bergenrekan komedi romantik yang menggambarkan kisah orang yang tidak pandai bergaul atau berhubung dengan sesiapa sahaja, sama seperti plankton, diibaratkan seperti kera sumbang.

Kisah perjalanan seorang lelaki bernama Hae Jo (Woo Do Hwan) yang kelahirannya tidak dirancang, dan wanita paling tidak bahagia di dunia bernama Jae Mi (Lee Yoo Mi) akan menjadi fokus utama dalam drama ini.

Woo Do Hwan melakonkan watak Hae Jo, seorang lelaki muda yang berkelana kerana tiada tempat mahupun keluarga untuk dia menetap disuatu tempat. Membesar tanpa mengetahui siapa bapanya, jadi dia merasakan bahawa dia tidak terikat dengan apa-apa komitmen. Selepas mendengar berita yang mengubah hidupnya, Hae Jo memutuskan untuk pergi mengembara dalam usaha mengetahui asal usulnya.

Lee Yoo Mi pula memegang watak Jo Jae Mi, bakal pengantin yang paling malang di dunia. Jae Mi, yang sentiasa mengimpikan untuk mempunyai keluarga, akan berkahwin dengan anak tunggal daripada keluarga berprestij bernama Eoh Heung. Tetapi sebelum perkahwinan, Jae Mi terjerat dengan Hae Jo dan menemaninya dalam perjalanan yang luar biasa.

Oh Jung Se pula akan membawakan watak Eoh Heung, satu-satunya anak lelaki kepada keluarga yang berprestij. Eoh Heung mengambil kesempatan daripada kehamilan pranikah untuk berdepan dengan tentangan daripada orang tuanya. Bagaimanapun, pengantin perempuannya Jae Mi hilang pada hari perkahwinan dengan Hae Jo, namun Eoh Heung cuba untuk mengejar mereka.

Manakala Kim Hae Sook akan membawakan watak Beom Ho Ja, ibu Eoh Heung dan menantu kepada ketua keluarga. Selepas menjadi menantu perempuan pada usia 17 tahun dan seringkali dibuli, Beom Ho Ja kini menjadi ketua perniagaan makanan keluarga Eoh yang sangat berkarisma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix K-Content (@netflixkcontent)

Bagaimana gandingan empat pelakon hebat ini dan apa perkembangan selanjutnya? Sama-sama kita nantikan kemakini akan datang.

Sumber : 1

loading...