Lisa Blackpink bakal tinggalkan YG ekoran rundingan kedua pihak tak berjalan lancar

Lisa BLACKPINK dan YG Entertainment dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak jelas dalam rundingan pembaharuan kontrak.

Menurut laporan eksklusif dari Munhwa Ilbo, Lisa dan YG Entertainment sedang dalam fasa perbincangan untuk pembaharuan kontrak, kerana kontrak Lisa dengan YG Entertainment akan tamat pada Ogos 2023. Bagaimanapun, dikhabarkan bahawa perbincangan untuk memperbaharui kontraknya tidak membuahkan hasil, dengan kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan. YG Entertainment mengharapkan penyelesaian sebelum tarikh tamat kontrak, tetapi perbezaan antara kedua-dua pihak nampaknya agak ketara.

Spekulasi terbaru mengenai kontrak Lisa pertama kali timbul daripada sumber China. Agensi China yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, “Kami telah bekerjasama dengan Lisa dan YG Entertainment untuk melihat sama ada dia boleh muncul dalam rancangan kami, tetapi mereka telah memaklumkan kepada kami bahawa sukar untuk membincangkan sebarang jadual aktiviti pada bulan Ogos kerana ketidakpastian dengan pembaharuan kontrak.”

Dalam pada itu, YG Entertainment bertindak balas terhadap laporan Munhwa Ilbo untuk mendapatkan komen berhubung kenyataan sumber China itu. Walaupun mereka tidak memberikan kemas kini yang jelas tentang keadaan sebenar pembaharuan kontrak Lisa, mereka mengesahkan bahawa permintaan rancangan dari China itu tidak ada kaitan dengan situasi pembaharuan kontrak.

Tiada kaitan dengan kontraknya; Ini lebih berkaitan dengan jelajah BLACKPINK dan jadual peribadi Lisa BLACKPINK.

— YG Entertainment

YG Entertainment turut berkongsi kenyataan ringkas kepada Xportnews mengenai pembaharuan kontrak untuk BLACKPINK.

Kami sedang berbincang [dengan semua ahli] mengenai pembaharuan kontrak.

— YG Entertainment

Munhwa Ilbo juga telah menyatakan bahawa rundingan pembaharuan kontrak YG Entertainment dengan Jennie, Jisoo, dan Rosé berjalan lancar, dengan informasi dari orang dalam mengatakan bahawa kedua-dua ahli dan YG Entertainment capai kata sepakat berkenaan syarat tertentu untuk bersetuju dengan pembaharuan kontrak. Hala tuju aktiviti masa depan BLACKPINK dijangka diputuskan selepas YG Entertainment secara rasmi mengumumkan status kontrak setiap ahli dengan syarikat itu.

Buat masa ini, BLACKPINK masih menjalankan siri jelajah konsert dunia “BORN PINK” yang bermula Oktober lalu dengan lebih 60 persembahan di seluruh dunia. Nantikan kemaskini selanjutnya berhubung perkara ini.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...