Saksikan kisah cinta penuh romantis antara Duan Jia Xu & Sang Zhi dalam “Hidden Love” di Netflix

Drama lakonan Zhao Lusi dan Chen Zhe Yuan, “Hidden Love” menjadi bualan hangat dikalangan para peminat dan penggemar drama dari China. Bahkan, gandingan kedua pelakon ini begitu serasi , mempunyai visual yang menarik dan bersesuaian dengan jalan penceritaan drama ini yang agak ‘sweet’. Drama ini telah mula ditayangkan menerusi platform Youku bermula 20 Jun lepas.

“Hidden Love” adalah siri yang diadaptasi dari web novel berjudul Secretly, Secretly; But Unable to Hide It. Drama romantis ini menceritakan kisah cinta Duan Jia Xu dan Sang Zhi yang terhalang kerana perbezaan usia.

Ia mengisahkan tentang Sang Zhi (Zhao Lusi) yang jatuh cinta dengan kawan baik abangnya yang 5 tahun lebih tua daripadanya. Sang Zhi pertama kali berkenalan dengan Duan Jia Xu (Chen Zhe Yuan) ketika dia berumur 14 tahun.  Biarpun masih muda, Sang Zhi tertarik dan mempunyai perasaan istimewa terhadap kawan baik abangnya itu. Bahkan, dia akan sedaya upaya untuk mengikut abangnya ke mana-mana apabila mengetahui Jia Xu turut serta.

Victor Ma (kiri) yang membawakan watak abang Sang Zhi, Sang Yan

Duan Jia Xu juga sentiasa baik dan melindungi Sang Zhi kerana dia menganggapnya seperti adik sendiri. Mereka bertemu semula selepas Sang Zhi menamatkan pengajian di sekolah menengah. Perasaan Sang Zhi terhadap Duan Jia Xu tetap kuat. Walaupun terputus hubungan seketika kerana salah faham, Sang Zhi dan Duan Jia Xu bertemu semula apabila Sang Zhi melanjutkan pengajian di universiti, manakala Jia Xu sudahpun berada dialam pekerjaan.

Ketika itu, Sang Zhi cuba untuk mengelak bertemu Jia Xu kerana lelaki itu cuma menganggapnya sebagai adik dan membuatnya terluka biarpun hatinya masih setia untuk Jia Xu. Namun, ketika itu Duan Jia Xu tidak lagi melihat Sang Zhi sebagai adik perempuan tetapi seorang wanita yang menawan. Pada mulanya, mereka merasakan hubungan mereka suatu yang mustahil, tetapi Duan Jia Xu memutuskan untuk mendekati Sang Zhi bukan atas kapasiti adik-abang, tetapi sebagai lelaki dan perempuan.

Namun, kisah cinta mereka tidak seperti yang diharapkan, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi antaranya masalah keluarga dan jarak umur.

Untuk mengetahui kisah Sang Zhi dan Duan Jia Xu selanjutnya, korang boleh tonton “Hidden Love” dengan 25 episode ini di Netflix. Penulis yakin, korang akan jatuh cinta dengan Duan Jia Xu dan Sang Zhi, dan lebih menarik lagi membuatkan korang sukar untuk move on! “Hidden Love” buat korang akan sentiasa tersenyum, heart fluttering dan penuh emosi.

Nota : korang boleh baca simple review Hidden Love kat SINI

Jom tonton trailer drama ini di bawah dulu:

loading...