HyuNa & E’Dawn dedah bercinta selama 2 tahun beri kesan pada Triple H dan Pentagon

Pada 3 Ogos lalu, Yonhap News melaporkan bahawa HyunA dan E’Dawn secara peribadi telah berkongsi bahawa mereka telah bercinta selama dua tahun. Menurut sumber itu, kedua-duanya mahu mengumumkan perhubungan mereka ini kepada umum agar mereka dapat keyakinan untuk bertemu para peminat.

Ekoran daripada perkongsian itu, pada 8 Ogos, Cube Entertainment Japan telah memuat naik  catatan ke laman rasmi kelab peminat PENTAGON di Jepun dengan tajuk, “Ini adalah notis mengenai jadual E’Dawn di Jepun.”

Mereka menulis, “Ini adalah pengumuman mengenai ahli PENTAGON, E’Dawn. Disebabkan beberapa isu dalaman, E’Dawn tidak akan mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti PENTAGON di Jepun akan datang, bermula dengan ‘fan meeting’ yang dijadualkan pada 18 Ogos ini. Kami memohon maaf dan kami harap kerjasama serta kefahaman anda berhubung perkara ini.

Cube Entertainment mengumumkan sebelum ini bahawa E’Dawn dan Yan An tidak akan mengambil bahagian dalam acara kelab peminat yang akan datang di Korea pada 11 Ogos. Agensi itu memetik sebab ketidak-hadiran mereka adalah kerana isu dalaman berkaitan E’Dawn dan konflik pertindihan jadual  Yan An.

Pada 3 Ogos, E’Dawn dan HyunA, yang merupakan rakan seagensi dan juga anggota kumpulan unit Triple H, secara peribadi mengesahkan bahawa mereka telah bercinta sejak dua tahun yang lalu, bermula Mei 2016. Berikutan berita ini, telahpun diumumkan bahawa Triple H akan menghentikan aktiviti promosi kemunculan semula mereka, membatalkan baki persembahan pentas Triple H dan juga acara ‘fan meeting.’

Sumber : Naver | Naver

loading...