Akan mulakan khidmat tentera 20 Julai ini, Jihwan iKON kongsi perasaan dengan peminat

Jinhwan iKON telah mengumumkan rancangannya untuk menyertai tentera bagi memulakan khidmat tentera wajibnya.

Pada 7 Julai, Jinhwan melalui Instagramnya memaklumkan kepada peminat secara peribadi bahawa dia akan mendaftar masuk tentera pada 20 Julai.

Ini mesej daripada Jinhwan buat iKONICs:

Saya rasa saya harus memberitahu anda semua dahulu, jadi saya menulis mesej ini.

Saya akan menyertai tentera pada 20 Julai. Saya telah menyediakan banyak benda, dan masih banyak perkara yang belum saya tunjukkan kepada anda, jadi saya agak kesal.

Walau bagaimanapun, saya tahu bahawa peminat kami yang telah menunggu saya akan lebih kecewa daripada saya, jadi saya akan pendekkan mesej ini.

Saya akan berkhidmat dengan setia dan akan kembali secepat mungkin, jadi mari kita menyokong satu sama lain dan jaga diri dengan sebaiknya.

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya dan untuk cinta anda!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김진환 JAY ジナン (@gnani_____)

Jinhwan yang menggunakan nama pentas Jay telah meriliskan debut pertamanya “Paradise”. Projek solo pertama Jay akan dibahagikan kepada dua bahagian, di mana “pt.1 [PARADISE]”  telah rilis pada 21 Jun lalu manakala “pt.2 [BLUE MOON]” akan dikeluarkan pada 12 Julai jam 6 petang kelak.

Dalam pada itu, 2023 IKON WORLD TOUR TAKE OFF IN KUALA LUMPUR pada 22 Julai ini akan berlangsung tanpa kehadiran Jinhwan. Pasti, peminat sedikit sebanyak merindui sosok Jinhwan dan keletahnya. Apapun, kami pasti iKON akan sentiasa berikan persembahan yang terbaik buat peminat.

Selamat menjalankan khidmat tentera untuk Jinhwan.

loading...