Setuju bergandingan bersama, Junho & YoonA rupanya dah mula bercinta? Agensi turut respons

Khabar angin kuat bertiup mengadakan Lee Jun Ho dan YoonA didakwa telah menjadi pasangan kekasih.

Pada 3 Julai, saluran media PROOF melaporkan bahawa Lee Jun Ho dan YoonA telah mula menyulam cinta sebelum penggambaran K-Drama hit JTBC, “King The Land”.

Orang dalam industri mendedahkan kepada media PROOF bahawa Lee Jun Ho dan Lim Yoona telah bercinta sebelum penggambaran drama hujung minggu JTBC “King The Land” bermula. Dikhabarkan kedua-duanya dikatakan memilih drama tersebut atas sebab itu.

— PROOF

Jika benar berita ini, maka percintaan YoonA dan Lee Jun Ho dalam drama “King The Land” benar-benar menggambarkan perasaan mereka. Percintaan realiti ke dunia drama dan pastinya menggembirakan peminat.

Respons Agensi

Setelah meneliti laporan yang dibuat media dan sebagai maklum balas kepada laporan itu, agensi YoonA SM Entertainment mengulas, “Kedua-duanya hanya rapat dan khabar angin bercinta itu tidak benar.”

Agensi Lee Junho JYP Entertainment juga menjawab, “Kedua-duanya rapat, tetapi apabila diperiksa [dengan Lee Junho], khabar angin ber adalah tidak berasas.

Nampaknya, segala yang dilaporkan media pada awal pagi Isnin hanyalah khabar angin. Jika tuan punya badan telah menafikan, maka kedua mereka hanyalah sekadar teman baik dan rakan sekerja.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4

loading...