Drama thriller terbaru SBS “National Death Penalty Vote” tayang Ogos ini

Drama lakonan Park Hae Jin, Lim Ji Yeon, dan Park Sung Woong akan datang “National Death Penalty Vote” (tajuk literal) sedang bersiap sedia untuk tayangan perdananya!

Berdasarkan Webtoon Kakao yang popular dengan nama yang sama, “National Death Penalty Vote” mengajukan soalan “Apakah idea anda tentang keadilan?” dan menyelidik konsep undian hukuman mati di seluruh negara terhadap penjenayah ganas yang telah cekap melarikan diri dari undang-undang. Drama yang mengejar kebenaran ini mengetengahkan kisah seorang individu yang dikenali sebagai “Gae Tal” yang melaksanakan hukuman mati berdasarkan kepada keputusan undian serta polis yang mengejar keadilan yang dicadangkan oleh Gae Tal.

Park Hae Jin akan memegang watak Kim Moo Chan, ketua Pasukan unit 1 siasatan wilayah di Agensi Polis Wilayah Selatan. Dia merupakan lelaki termuda yang menjadi ketua pasukan unit penyiasatan wilayah dalam tempoh yang paling singkat, dan dia mungkin akan menjadikan mana-mana kes yang menarik sebagai miliknya.

Amaran: sebutan tentang serangan seksual dalam perenggan seterusnya.

Park Sung Woong akan memainkan watak Kwon Suk Joo, seorang banduan penjara jangka panjang yang menyerahkan diri selepas secara peribadi membunuh penjenayah yang melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia lapan tahun. Dia pernah menjadi pakar undang-undang paling terkenal di Korea, dan  masih dihormati sebagai guru dan dirujuk sebagai “profesor” di dalam penjara.

Lim Ji Yeon pula akan membawakan watak Joo Hyun, leftenan tahun kelima di Biro Keselamatan Siber Agensi Polis Metropolitan Seoul. Joo Hyun pernah menjadi ketua Pasukan Penyiasatan Siber selepas diupah khas, tetapi kini dia dikenali ramai sebagai minah kepoh yang selalu dikecam.

“National Death Penalty Vote” akan disiarkan setiap hari Khamis jam 9 malam KST selepas membuat tayangan perdana dua episod pertama berturut-turut pada 10 Ogos ini. Nantikan kemaskini lanjut drama ini.

Sumber : 1

loading...