‘Behind Your Touch’ lakonan Han Ji Min, Lee Min Ki & Suho EXO siap sedia untuk tayangan perdananya

Drama hujung minggu JTBC akan datang yang dibintangi Han Ji Min, Lee Min Ki, dan Suho EXO telah mengesahkan tarikh tayangan perdananya.

“Behind Your Touch” (tajuk kerja) ialah drama penyiasatan komedi tentang doktor haiwan yang sangat berdedikasi dan busybody, Bong Ye Boon (Han Ji Min) yang entah bagaimana memperoleh kebolehan psikometrik untuk melihat masa lalu manusia dan haiwan di Mujin, sebuah perkampungan kecil di luar bandar  yang bebas jenayah, dan detektif elit yang bercita-cita tinggi Moon Jang Yeol (Lee Min Ki) yang memerlukan kebolehan Bong Ye Boon untuk kembali ke pasukan penyiasat jenayah di Seoul.

Ini menandakan kali ketiga Han Ji Min bekerjasama dengan pengarah Kim Seok Yoo menerusi dua projek terdahulu iaitu filem “Detective K: Secret of the Virtuous Widow” (2011) dan drama”Radiant” (2009). Disamping itu, Lee Min Ki juga telah membintangi drama arahan Kim Seok Yoon “My Liberation Notes”yang ditayangkan pada 2022.

Han Ji Min memainkan watak doktor haiwan yang penyayang dan busybody Bong Ye Boon yang memperoleh kebolehan psikometrik secara kebetulan. Dia mempunyai keupayaan untuk melihat masa lalu manusia dan haiwan jika dia menyentuh punggung mereka. Semasa menguji kebolehannya, dia ditangkap oleh detektif Moon Jang Yeol yang bersemangat dan berusaha untuk menyelesaikan insiden misteri.

Han Ji Min berkongsi, “Saya membuat persediaan dan menjalani penggambaran dengan sepenuh hati dan kasih sayang sehinggakan saya sedih setiap hari apabila penggambaran tamat. Kami dapat menamatkan ‘Behind Your Touch’ berkat daripada kerja keras pengarah Kim Seok Yoon dan penulis skrip Lee Nam Gyu, pelakon dan kakitangan. Terima kasih semuanya. Kami akan menyambut penonton dengan ‘Behind Your Touch’ pada penghujung musim panas.”

Lee Min Ki akan memainkan watak detektif Moon Jang Yeol yang dipindahkan ke Kampung Mujin daripada pasukan penyiasat jenayah. Dipenuhi dengan keinginan dan obsesi yang tinggi untuk menyiasat kes-kesnya, dia mengembara mencari peluang untuk kembali ke Seoul dari kehidupannya yang aman dan tenang di Mujin. Dia benar-benar letih selepas melihat Bong Ye Boon, yang mempunyai cerita dan kebolehan yang pelik. Walau bagaimanapun, semasa mengambil kes satu demi satu, kes pembunuhan bersiri berlaku di Mujin, sekaligus membangkitkan naluri detektifnya.

 

Lee Min Ki berkata, “Saya sangat bersyukur dapat bertemu Ye Boon dan Sun Woo sebagai Jang Yeol. Ianya satu penghormatan dan kegembiraan untuk bekerja keras dengan pelakon senior dan junior yang hebat serta pengarah dan kakitangan produksi. Saya sangat bersyukur semasa mengerjakan projek itu, dan kini ia telah berlalu, ia akan kekal sebagai kenangan yang lebih berharga. Saya juga menunggu siaran itu dengan rasa teruja yang mencuit hati.”

Suho EXO akan memegang watak Kim Sun Woo, yang mempunyai rupa dan personaliti bak bidadari. Dia tiba-tiba datang ke kampung Mujin pada suatu hari dan mula bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka, serta membuat  hati Bong Ye Boon bergetar dengan senyuman manisnya. Ianya agak teruja kerana setelah sekian lama, Suho kembali berlakon tambahan pula apabila melakonkan Kim Sun Woo yang digambarkan mesra, misteri dan juga sukar dibaca.

Suho berkongsi, “Saya sangat menikmati projek pengarah Kim Seok Yoon. Saya bersyukur dapat bekerjasama dengannya, dan ia sangat bermakna. Tambahan pula, saya gembira dapat bekerjasama dengan pelakon senior yang saya hormati, dan ia lebih bermakna kerana ia adalah projek yang saya lakonkan buat kali pertama dalam beberapa ketika.”

“Behind Your Touch” akan mula disiarkan pada 12 Ogos 2023 selepas drama “King the Land” berakhir.

Sumber : 1

loading...