Geum Sae Rok dan Noh Sang Hyun akan terajui siri “Soundtrack #2”

Geum Sae Rok dan Noh Sang Hyun akan membintangi drama Disney+ yang akan datang – “Soundtrack #2”!

Susulan daripada “Soundtrack #1” lakonan Han So Hee dan Park Hyung Sik, “Soundtrack #2” ialah drama percintaan baharu yang mengisahkan bekas pasangan yang bertemu semula secara kebetulan. Drama ini mempersembahkan percintaan realistik yang penonton boleh kaitkan daripada perasaan cinta yang penuh ghairah hinggalah kebencian dan penyesalan selepas putus cinta.

Geum Sae Rok memegang watak Hyun Seo, seorang tutor piano yang meminati muzik tetapi tidak mempunyai pilihan selain melepaskan impiannya. Pelakon itu sebelum ini pernah membintangi beberapa drama seperti “The Fiery Priest,” “Class of Lies,” “Youth of May,” dan “The Interest of Love.”

Noh Sang Hyun pula memainkan watak Soo Ho, teman lelaki lama Hyun Seo dari zaman kolej mereka. Noh Sang Hyun mempamerkan lakonan yang mengagumkan melalui drama “Pachinko” dan sekali lagi mempamerkan kemahiran lakonannya dalam  “Behind Every Star” dan “Curtain Call.”

“Soundtrack #2”  akan  dikeluarkan pada separuh kedua 2023. Nantikan kemaskini selanjutnya!

Sumber : 1

loading...