3 sebab kenapa korang kena tonton siri misteri pembunuhan “BITCH X RICH”

“BITCH X RICH”  atau “Cheongdam International High School” adalah berkisarkan tentang dua pelajar perempuan di sekolah menengah yang berprestij yang terperangkap dalam perebutan kuasa: pelajar kaya dan popular yang berkuasa, dan pelajar pindahan yang miskin serta diberi peluang untuk belajar di sana jika dia berdiam diri tentang pembunuhan yang dia saksikan.

Jika korang suka pembunuhan, misteri dan saspens, maka “BITCH X RICH” harus ada dalam senarai drama perlu tonton korang. “BITCH X RICH” menceritakan kisah Kim Hye In (Lee Eun Saem) yang telah menyaksikan pembunuhan sekaligus mengubah nasibnya, di mana dia dibenarkan bersekolah di Sekolah Menengah Antarabangsa Cheongdam yang berprestij biarpun dia berasal dari keluarga susah.

Ramai yang memperkatakan, biarpun ia hanyalah drama web, dengan runut bunyi yang menghantui, lakonan cemerlang dan plot yang memukau akan membuatkan korang untuk terus mengikuti drama ini. Ini dia tiga sebab untuk korang mula tonton drama ini sekarang.

Amaran: Spoiler untuk empat episod pertama di bawah.

1. Misteri 2 dalam 1

Biarpun drama Korea yang bertemakan misteri pembunuhan sentiasa dijamin untuk menarik minat penonton, “BITCH X RICH” membawanya selangkah lebih jauh dengan tambahan kisah keji pemerasan yang bersembunyi disebalik bayang-bayang Kim Hye In. Selepas menyaksikan pelajar yang mendaftar mengikut proses yang betul, bernama Kim Hae In (Jang Sung Yoon) ditolak dari bumbung Sekolah Menengah Antarabangsa Cheongdam, nasib Hye In berubah apabila dia diterima masuk ke sekolah sebagai pertukaran untuk membuatnya tutup mulut tentang perkara itu. Walau bagaimanapun, semasa Kim Hye In membeli-belah untuk beri impak kepada kehidupan barunya yang berprestij, dia menerima nota ancaman tentang status mengunci mulutnya serta berdiam diri .

@ktaerixx lagian mau2 aj pindah keskolah itu hbs jdi saksi pmbnuhan wkwk too good to be true mbakk segampang itu kmu bisa pindah. wkwk #bitchxrich #fyp #kdrama ♬ dumb dumb – sped up – mazie

Justeru itu, ia bukan hanya mewujudkan 1 misteri yang perlu diselesaikan, tetapi dua;

  • siapa yang menolak Kim Hae In dari bumbung? Dan
  • siapa yang mencari keadilan bagi pihaknya dengan mengugut Kim Hye In?

2. Sisi baharu Yeri Red Velvet

Yeri merupakan maknae Red Velvet yang menyerlah dalam lakonannya menerusi web drama “Blue Birthday” dengan membawakan watak utama yang kuat dan baik hati. Kini Yeri melangkah satu langkah kedepan dengan memainkan watak antagonis Baek Jenna, seorang pewaris chaebol yang ditatang bagai minyak yang penuh. Walaupun anda tidak banyak melihatnya dalam beberapa episod pertama drama itu, ‘screen time’ nya tetap memberi impak. Yeri benar-benar menguasai pandangan Baek Jenna yang tidak boleh dikacau-ganggu kerana keluarganya yang berkuasa—dan dia tahu itu. Tiada sesiapa pun di sekolah boleh menentangnya, termasuk gurunya. Yeri berjaya menggambarkan sifat Baek Jenna yang gelap, penuh kejahatan dan ekpressi tidak berminatnya dengan baik sehingga penonton kagum sekaligus tidak sabar untuk menantikannya diepisode selanjutnya.

@viusingapore See Red Velvet’s maknae #Yeri transform into a rich, evil high schooler… Watch #BitchxRich on Viu #fyp#foryoupage#LeeEunSaem #whattowatch#kdrama ♬ original sound – ViuSingapore

3. Persaingan antara Kim Hye In dan Baek Jenna

Sesebuah drama yang mengangkat genre remaja serta sekolah tinggi tidak akan memberi lebih impak tanpa persaingan sengit antara gadis kaya dan popular dengan gadis miskin – pelajar baharu. Mujur, “BITCH X RICH” dengan sempurna telah mewujudkan pertembungan antara Kim Hye In dan Baek Jenna biarpun sebelum Kim Hye In mula bersekolah di sekolah berprestij tersebut. Selepas membeli sepasang kasut berjenama baharu, Kim Hye In secara tidak sengaja meninggalkannya di bilik air dan menemui Baek Jenna memakainya ketika dia kembali untuk mengambil semula kasut tersebut. Dengan sikapnya yang kasar dan berani, Kim Hye In dengan pantas berhadapan dengan Baek Jenna lantas mengakibatkan pergaduhan di bilik air dengan adengan menarik rambut, bertengkar dan banyak lagi.

@zz12_12 Perang pun di mulai!!!😈 #BitchxRich #yeri #leeeunsaem #kdrama #2023 ♬ Falling Angel – HCTM

Walaupun dia mempunyai sifat cepat menilai dan hipokrit, keengganan Kim Hye In untuk ditolak pasti akan menjadikan episod akan datang lebih menyeronokkan untuk ditonton. Bagaimanakah Kim Hye In dan Baek Jenna akan terus bertelagah? Dan adakah Kim Hye In akan menyebabkan kejatuhan Diamond 6 dan permaisuri mereka? Hanya masa akan menentukan.

Korang boleh tonton “Bitch X Rich” atau “Cheongdam International High School” menerusi tvN Asia ASTRO Ch 395 & Astro Go serta Unifi TV setiap Rabu, jam 8.00 malam dengan dua episode berturut-turut. Jom tonton dulu trailer drama ini

Sumber : 1

loading...