Kim Woo Bin & Suzy kembali disatukan dalam drama terbaru Kim Eun Sook

Selepas bergandingan dalam drama “Uncontrollably Fond”, Kim Woo Bin dan Suzy akan disatukan kembali untuk drama terbaru penulis skrip tersohor, Kim Eun Sook!

Pada 14 Jun, syarikat produksi Hwa&Dam Pictures secara rasmi mengumumkan bahawa Kim Woo Bin dan Suzy akan membintangi bersama dalam siri akan datang bertajuk “All Your Wishes Will Come True” (terjemahan literal).

“All Your Wishes Come True” ialah sebuah drama bertemakan rom-com fantasi tentang Jin (genie) yang terlalu emosi serta terperangkap di dalam lampu dan wanita yang membantunya melarikan diri dari penjaranya (terkurung dalam lampu).

Kim Woo Bin akan berlakon sebagai jin yang sukar dijangka, manakala Suzy akan memainkan watak Ga Young, seorang manusia yang tidak mempunyai emosi.

Drama ini akan dikarang oleh Kim Eun Sook, penulis tersohor yang terkenal dengan drama popular seperti “The Glory,” “Goblin,” “Mister Sunshine,” dan “Heirs” (yang turut dibintangi Kim Woo Bin), dan akan mendapat sentuhan daripada pengarah Lee Byung Hun dari projek “Extreme Job” dan “Melo Is My Nature.”

Nantikan Kemas kini selanjutnya mengenai drama ini. Buat masa ini, anda boleh nikmati lakonan Kim Woo Bin dan Suzy “Uncontrollably Fond” yang telah disiarkan pada 2016.

Sumber : 1

loading...