MOMOLAND kini tinggal kenangan bila kumpulan itu rasmi dibubarkan

Selepas enam tahun bersama, ahli MOMOLAND kini membawa haluan masing-masing. Kumpulan yang popular dengan lagu “Bboom Bboom” ini akhirnya dibubarkan.

Pada 14 Februari, kesemua enam ahli MOMOLAND menggunakan Instagram untuk menyiarkan surat tulisan tangan yang sama dalam bahasa Korea dan Inggeris bagi mengumumkan pembubaran mereka.

Hyebin, Jane, Nayun, JooE, Ahin dan Nancy semuanya berkongsi mesej berikut dalam bahasa Inggeris:

Pertama sekali, kami memohon maaf kepada Merries [peminat MOMOLAND] kami yang menerima berita ini melalui laporan media. Kami benar-benar memohon maaf atas kemas kini yang lewat.

Selepas perbincangan yang panjang dan mendalam, kami berenam telah memutuskan untuk menyokong satu sama lain bagi memulakan permulaan baharu yang hebat pada masa hadapan.

Walaupun kami telah memutuskan untuk mengambil jalan kami sendiri  menuju impian kami, Kami MOMOLAND akan sentiasa menjadi satu pasukan.

Kami dengan tulus hati berterima kasih kepada Merries yang dikasihi kerana memberikan kami kenangan berharga dan berada di sisi kami selama tujuh tahun yang lalu. Merries kami telah menjadi segala-galanya bagi kami dan akan sentiasa begitu.

Kami amat kesal kerana tidak dapat memaklumkan anda lebih awal, tetapi dengan tulus berterima kasih kepada setiap orang yang telah menunggu kami dengan sabar.

Melangkah ke hadapan, sila terus menyokong dan menyayangi MOMOLAND dan perjalanan baru setiap ahli.

Terima kasih.

Bulan lalu, MLD Entertainment mengumumkan bahawa kesemua enam ahli MOMOLAND akan meninggalkan agensi itu selepas tamat kontrak mereka.

Semoga semua ahli MOMOLAND mendapat yang terbaik dalam usaha dimasa depan mereka!

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |

loading...