Dilapor menggunakan propofol, tapi keputusan ujian dapati Yoo Ah In positif ganja

Pelakon Yoo Ah In telah disahkan positif ganja.

Untuk pengerahuan, pada semalam Yoo Ah In dilaporkan menggunakan propofol sejak awal 2021. Pada 10 Februari, laporan selanjutnya mendedahkan pelakon itu telah diuji positif ganja manakala ujian untuk propofol pula disahkan negatif. Justeru, polis membuka siasatan baharu berhubung dakwaan penggunaan ganja.

Seorang pakar menyatakan, “THC Marijuana tidak akan dikesan pada keputusan ujian 7-10 hari selepas ia digunakan. Jadi, nampaknya dia menggunakan ganja baru-baru ini.” Disebabkan ujian positif, membuka siasatan baharu berhubung dakwaan penggunaan ganja ke atas Yoo Ah In.

Agensi pelakon itu, United Artists Agency (UAA) pada semalam telah mengesahkan dia disiasat polis berkaitan penggunaan propofol. Berikutan itu juga, Yoo Ah In dilarang meninggalkan negara.

Stay tuned for more updates!

Sumber : 1

loading...