Tak lekang bermesra tatkala tengah sibuk berkonsert, Hongjoong ATEEZ buat peminat sebak terharu

Hongjoong telah membuatkan peminat ATINY terharu selepas tidak lekang daripada meluahkan sesuatu di hadapan peminat di laman sosial peribadi.

Hantaran tersebut dibuat oleh peminat menerusi laman komuniti PannTalk yang rata-ratanya memuji keikhlasan penyanyi itu yang tetap berinteraksi dengan peminat walaupun tengah sibuk mengadakan konsert jelajah pertama mereka di Amerika Syarikat sejak tahun 2019.

“Aku tak pernah jumpa penyanyi idol yang mempunyai pemikiran sempurna sepertinya… Dia suka dikagumi, sangat ghairah bekerja, punyai harga diri tinggi serta memahami kehendak peminat.. Kandungan mesej ini baru sebahagian kecil daripada yang sebenarnya, tapi Hongjoong tak lekang hantar mesej sebegini hari-hari,” kata peminat itu.

Hongjoong akan menceritakan pengalamannya menerusi mesej-mesej itu walaupun beberapa perkara tidaklah terlalu penting untuk dihebahkan. Antaranya, Hongjoong meluahkan bahawa dia tidak dapat menahan sebak sehingga menangis mengenangkan peminat terlalu memahami perasaannya beraksi di atas pentas, merujuk kepada persembahannya di Amerika Syarikat baru-baru ini.

ATEEZ akan menyimpulkan konsert jelajah “The Fellowship: Beginning of the End” mereka di Amerika Syarikat pada 31 Jan 2022 ini. Konsert ini dibuat selepas tiga tahun tidak beraksi di sana bagi mempromosikan album keluaran mereka pada Disember 2021 lalu.

loading...