Nam Joo Hyuk siap sedia jalani khidmat ketenteraannya sebagai pegawai polis tentera 20 Mac ini

foto kredit tvN drama

Nam Joo Hyuk akhirnya akan memulakan khidmat ketenteraannya!

Pada 31 Januari, sumber dari agensi Nam Joo Hyuk Management SOOP berkongsi, “Memang benar Nam Joo Hyuk telah diterima masuk ke dalam pasukan polis tenter. Dia akan menyertai skuad polis pada 20 Mac.”

Sebelum ini, Management SOOP berkongsi bahawa Nam Joo Hyuk baru sahaja menamatkan penggambaran untuk siri original Disney+ “Vigilante” sementara menunggu notis drafnya. Pelakon itu memohon untuk temuduga dengan pasukan bergerak Kor Polis Tentera pada 5hb lalu, dan dia menerima notis penerimaan terakhirnya hari ini.

Selepas menyertai tentera pada Mac, Nam Joo Hyuk akan menerima latihan asas ketenteraan di pusat latihan tentera selama lima minggu sebelum dipindahkan ke balai yang akan ditentukan dan memulakan tugas sebagai pegawai polis tentrera.

Semoga Nam Joo Hyuk menjalani perkhidmatan tentera wajibnya dengan penuh tanggungjawab!

Sumber : 1 | 2

loading...