BTS masih bawa pulang Daesang biarpun kemenangan di Golden Disk Awards ke-37 didominasi oleh Generasi ke-4 K-Pop

‘Golden Disk Awards ke-37’ telahpun melabuhkan tirainya dan kesemua pemenang telahpun diumumkan secara rasmi.

Majlis anugerah itu memberi penghormatan kepada pencapaian artis, dan ia diasaskan dengan tujuan untuk mempromosikan kreativiti budaya popular, menemui artis baharu dan menyumbang kepada pertumbuhan dalam industri muzik. ‘Golden Disk Awards ke-37’ telah diadakan di Bangkok, bertempat di Stadium Nasional Rajamangala Thailand pada 7 Januari 2023, dengan Lee Da Hee, Sung Si Kyung, Park So Dam dan Nichkhun 2PM sebagai hos.

Sekali lagi pada tahun ini BTS mempertahankan Daesang untuk ‘Album of The Year’ buat kali ke-6 berturut-turut menerusi ‘Proof’. Selain itu, BTS turut memenangi Best Album (Bonsang) dan TikTok Golden Disc Popularity Award. Semasa menerima anugerah Daesang, J-Hope yang mewakili BTS berkata,”Bukan senang untuk bercakap bagi pihak kumpulan. Inilah saatnya di mana RM sangat-sangat diperlukan dan dihormati. Semasa mengerjakan album ini (‘Proof’), saya teringat 10 tahun yang lalu dan merasakan setiap tahun, setiap album, dan setiap lagu adalah sangat berharga. Saya fikir kebahagiaan itu adalah apabila kita bercerita antara satu sama lain dan menikmati masa itu. Begitulah cara album yang dipanggil ‘Proof’ ini keluar, dan saya rasa album yang membayangkan masa depan yang hebat bersama anda semua telah keluar.”

Disamping itu juga J-Hope secara peribadi telah memenangi Thai Fans Support with BAOJI.

Secara keseluruhan, Golden Disk Awards ke-37 ini dilihat didominasi oleh Generasi ke-4 K-Pop. Kali ini, lagu “Love Dive” dari IVE yang telah mencipta popularitinya dikalangan penggemar muzik telah menerima Daesang bagi Digital Song of The Year. IVE hanya hadir bertiga kerana yang lainnya ( An Yu Jin, Liz, & Leeseo) sedang jalani kuarantin kendiri Covid-19. Semasa menerima Daesang GDA pertama mereka, Gaeul berkata, “Saya gembira dan berbesar hati kerana dapat menerima anugerah yang begitu berharga sejak awal tahun ini.”

Selain itu, Lay menyatakan keikhlasannya, “Setiap kali saya menerima anugerah, saya berasa teruja, gembira, dan sebak. Melihat pentas hari ini, saya rasa saya ingin melihat ahli lain dengan lebih kerap. Jang Won-young mengakhiri perasaan penuh maknanya dengan sapaan yang penuh dengan keazaman, “Saya berasa mendapat sokongan kuat kerana saya boleh memulakan 2023 dengan anugerah yang begitu hebat. Pada tahun baru, saya akan menjadi idol yang  akan memberikan tenaga positif dengan penampilan yang lebih sihat.” IVE juga turut memenangi anugerah Best Digital Song (Bonsang) dan Rookie of the Year disamping LE SSERAFIM dan NewJeans.

SEVENTEEN pula memenangi tiga anugerah termasuk Thai K-pop Artist dan Best Performance, diikuti Bonsang untuk Best Album. Seventeen S.Coups berkata, “Terima kasih banyak kepada Carat dan terima kasih kepada Woozi yang bekerja lebih keras daripada orang lain dalam proses membuat album.” Dia menambah, “Pada tahun 2023, saya berharap peminat Carat yang menyukai idola akan lebih bahagia.”

Ini merupakan tahun ke-3 berturut-turut ENHYPEN memenangi Bonsang untuk Best Album menerusi ‘Manifesto : Day 1″. Dalam ucapan mereka, ENHYPEN menyatakan, “Kami telah muncul di ‘Golden Disk Awards’ selama tiga tahun berturut-turut, dan kami gembira menerima anugerah yang begitu besar dipermulaan tahun 2023. Anugerah ini dicipta oleh ENGENE yang kami sayangi, dan kami akan terus menjadi artis yang memberi inspirasi kepada kami dengan aktiviti yang lebih menarik. Terima kasih.” Selain BTS dan ENHYPEN, turut memenangi Bonsang untuk Best Album adalah NCT, NCT 127, NCT DREAM, SEVENTEEN dan Stray Kids.

TREASURE pula memenangi anugerah Best Group. Dalam ucapan penerimaan, mereka berkata, “Terima kasih ‘Golden Disk Awards” yang memberikan kami hadiah yang begitu hebat. Kami akan bekerja dengan lebih keras lagi untuk menjadi idol yang lebih baik. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa ada menyokong kami. Kami dalam siri jelajah konsert Asia dan kami akan membuat persembahan di Bangkok, jadi nantikannya.”

BIG BANG dianugerahkan “Best Digital Song” dan malangnya mereka tidak hadir untuk menerima anugerah itu. Bagaimanapun, TREASURE, selaku junior mereka di bawah syarikat yang sama YG Entertainment, menerima anugerah itu bagi pihak BIG BANG. Dalam ucapan penerimaan, TREASURE berkata, “Kami sangat gembira kerana Big Bang, seorang senior yang sangat kami hormati, telah menerima anugerah, dan kami sangat gembira kerana dapat menerima anugerah itu sebagai ganti mereka juga. Kami akan menyerahkan anugerah ini kepada (Big Bang), sekembalinya kami ke Korea.”

(G)I-DLE memenangi Best Digital Song (Bonsang) menerusi lagu “Tomboy” selain memenangi Most Popular Artists bersama Stray Kids. PSY pula dianugerahkan Artist of the Year dan Best Digital Song (Bongsang) sementelah lagu duetnya bersama Suga BTS “That That” mendapat sambutan yang hangat.

Jadi, jom semak senarai penuh pemenang.

Digital Song of the Year (Daesang): IVE

Album of the Year (Daesang): BTS

Best Digital Song (Bonsang): BIGBANG (Still Life), (G)I-DLE (TOMBOY), IVE (Love Dive), Jay Park (Ganadara ft IU),  Kim Min Seok MeloMance, Lim Young Woong , NewJeans (Attention), PSY (That That ft Suga BTS)

Best Album (Bonsang): BLACKPINK, BTS, ENHYPEN, NCT, NCT 127, NCT DREAM, SEVENTEEN, Stray Kids

Artist of the Year: PSY

Most Popular Artist: (G)I-DLE, Stray Kids

Rookie Artist of the Year: IVE, LE SSERAFIM, NewJeans

TikTok Golden Disc Popularity Award: BTS

Best Group: TREASURE

Best Performance: SEVENTEEN

Best Solo Artist: BE’O, Younha

Best R&B/Hip Hop: BIG Naughty

Best Producer: Seo Hyun Joo of Starship Entertainment

Thai Fans Support with BAOJI: BTS’s J-Hope

Thai K-Pop Artist: SEVENTEEN

Tahniah kepada semua pemenang!

Sumber : 1 | 2 | 3