D.O EXO, Zico, Crush, Yang Se Chan, Choi Jung Hoon dan Lee Yong Jin sertai ‘variety show’ terbaru SBS

D.O EXO, Zico, Crush, Choi Jung Hoon Jannabi, Lee Yong Jin, dan Yang Se Chan akan menghiasi variety show terbaru SBS.

Pada 4 Disember, sumber daripada SBS mengesahkan perkara ini dengan berkata, “Memang benar bahawa D.O., Zico, Crush, Choi Jung Hoon, Lee Yong Jin, dan Yang Se Chan akan muncul dalam variety show SBS yang terbaru. “

Apa yang menarik perhatian, D.O, Zico, Crush, dan Choi Jung Hoon, semuanya dilahirkan antara tahun 1992 dan 1993. Kesemua mereka merancang untuk mempamerkan chemistry mereka sebagai rakan dan rakan sekerja sebenar selain merapatkan lagi hubungan mereka.

Turut menyertai empat sekawan yang lain adalah pelawak Yang Se Chan. Jadi penonton akan dibekalkan dengan lebih keseronokkan dan ketawa tanpa henti.

Walaupun tajuk variety show ini masih belum diputuskan, telah didedahkan bahawa bekas penerbit “Running Man” Choi Bo Pil akan mengambil alih program baharu ini yang dilaporkan akan bersiaran pada Mac depan.

loading...