Wakil ‘Shinsegae Department Store’ nafi cucu pengerusi bercinta dengan G-Dragon

Shinsegae Group telah menafikan khabar angin yang menyatakan G-Dragon BIGBANG sedang bercinta dengan cucu pengerusi Lee Myung Hee.

Pada 9 Januari, sebuah media China melaporkan bahawa G-Dragon dan cucu Lee Myung Hee menghadiri konsert ‘Street Man Fighter’ di Seoul bersama-sama, dan ramai netizen mula membuat spekulasi bahawa kedua-duanya sedang berpacaran.

Keesokan harinya, Shinsegae Group secara rasmi bertindak balas dengan tegas menafikan bahawa tiada sebarang hubungan romantis yang berlaku antara G-Dragon dan waris chaebol tersebut.

Menyifatkan laporan itu sebagai “maklumat yang tidak jelas,” jurucakap konglomerat itu menyatakan, “Ia sama sekali tidak benar. Kerana masih terdapat laporan spekulatif yang tidak berasas berdasarkan fakta yang tidak disahkan, kami telah memutuskan untuk membuat kenyataan rasmi untuk menjelaskan kepalsuan ini.”

“Selepas memeriksa dengan [cucu perempuan Lee Myung Hee] sendiri, dia pergi menonton konsert dengan sekumpulan orang, dan dia hanya menyiarkan gambar yang dia ambil [bersama G-Dragon] kerana dia merupakan peminat idol itu,” sambung mereka. “Kami meminta anda mengelak daripada menerbitkan sebarang spekulasi yang lebih tidak berasas [mengenai perkara ini].”

Terdahulu, khabar angin itu bermula selepas G-Dragon dilihat menghadiri konsert ‘Street Man Fighter’ di Seoul, duduk di hadapan penonton dengan mengenakan mask muka. Peminat mengesyaki bahawa idola itu menghadiri konsert itu untuk menyokong rakan baiknya di YGX.

Tetapi menurut beberapa netizen, seorang wanita menghadiri konsert itu dengan G-Dragon, dan berkongsi foto keduanya keluar bersama di SNS wanita itu.

Seorang wanita dipercayai cucu kepada presiden ‘Shinsegae Department Store’ dikatakan telah menyiarkan gambar tersebut di bawah, menyebabkan ramai netizen mengesyaki tangan yang mempunyai tatu muka tersenyum itu adalah milik G-Dragon.

Sumber : 1 | 2| 3

loading...