iKON ikat kontrak dengan 143 Entertainment sebagai ‘iKON’

Kesemua 6 ahli iKON menandatangani kontrak dengan 143 Entertainment dan mereka akan mengekalkan nama kumpulan itu sebagai ‘iKON’.

Menurut laporan media eksklusif pada 1 Januari KST, semua ahli iKON menandatangani kontrak dengan 143 Entertainment. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kesemua ahli berhasrat untuk menyertai satu agensi untuk memastikan mereka dapat meneruskan promosi kumpulan mereka dengan lancar. Menurut laporan yang dikeluarkan pada hari pertama tahun baru, YG Entertainment dan 143 Entertainment bersetuju bahawa ahli boleh mengekalkan nama kumpulan ‘iKON’.

Kumpulan itu merancang untuk mengeluarkan album baharu pada April 2023.

Sementara itu, 143 Entertainment ialah pengurusan permulaan (start-up) yang dikendalikan oleh rapper/produser Digital Masta. Label itu kini menempatkan kumpulan LIMELIGHT, Kang Ye Seo dan Mashiro dari Kep1er, dan ramai lagi.

 

loading...