Hampir sedekad simpan perasaan, rupanya Lee Jong Suk pernah patah hati selepas diberitahu IU menyukai seseorang

Gosip percintaan IU dan Lee Jong Suk menjadi berita terhangat menjelang tahun baru 2023 menerusi pendedahan eksklusif yang dibuat oleh portal Dispatch saban tahun. Kedua-duanya tidak menafikan gosip percintaan tersebut, sebaliknya meminta peminat mendoakan mereka supaya dapat menjalani hubungan itu dengan aman dan sejahtera.

Dalam satu surat didedahkan oleh IU kepada peminatnya pada pagi tadi, IU berkata, “Seperti didedahkan, memang betul aku tengah bercinta. Aku berhati-hati kerana tahu betapa terkejutnya korang kerana masing-masing bimbang dengan keadaan semasaku. Tapi, ya…betul! Hatiku semakin berbunga dengan kehadiran seseorang yang telah menjadi kawanku sejak sekian lama, dan kami saling bergantungan antara satu sama lain.”

“Dia telah menyokongku sejak sekian lama. Dia juga orang yang kupercaya, dan dia juga sangat comel kerana tak putus-putus hantar sokongan kepadaku.  Disebabkan korang sangat mengambil berat tentangku, aku pasti korang tahu yang aku tengah stabil emosinya dan juga selesa. Aku rasalah sebab kenapa aku boleh bangga dengan hasil kerja aku selama ini adalah mungkin kerana kehadiran kawan baik ini. Harap-harap hubungan ini berjalan dengan baik agar peminat semua tidak bimbang…! ,” tambahnya lagi sambil mengucapkan tahun baru buat peminat Uaena terutamanya.

Sementara itu, Lee Jong Suk turut menulis surat buat peminatnya. “Aku berjumpa dengannya pertengahan usia 20-an lagi dan merasakan ia cinta yang belum matang lagi. Kami sudah berkawan sejak sekian lama. Nak cerita panjang lebar lagi…Dia berada di dalam fikiranku ketika aku tengah cuba hidup mengikut caraku sendiri. Korang mungkin boleh faham kalau aku cakap dia seperti ‘Kang Dan-i’ kepadaku. Dia akan cuba selami masalahku di mana aku boleh bergantung sebagai kawan. Satu lagi, dia macam kakakku walaupun usianya muda daripadaku. Dia ini sangat hebat, matang sehingga membuatkanku mahu melindunginya sepenuh hati,” ujar Lee Jong Suk.

IU pernah keluar bersama dengan Jang Ki Ha sekitar tahun 2013 sebelum hubungan itu berakhir pada tahun 2017.

Berikutan pendedahan langsung mengenai hubungan mereka, netizen menelusuri kisah percintaan yang dikatakan bermula sebagai kawan itu. Rupanya Lee Jong Suk makan hati bertahun-tahun sebaik saja IU mengumumkan bahawa dia berpacaran dengan Jang Ki Ha, yang juga seorang penulis lagu indie dan DJ radio. Menurut netizen itu lagi, Lee Jong Suk pernah cuba mendampingi IU pada sekitar awal tahun 2013, tetapi tidak berupaya berbuat demikian, dikhuatiri kena ‘reject’ dengan menyangkakan IU tidak akan bercinta dengan lelaki yang lebih tua daripadanya. Lee Jong Suk ketika itu, baru saja meledak naik popularitinya selepas membintangi drama SBS I Can Hear Your Voice manakala IU pula telah lama dikenali sebagai penyanyi solo perempuan no.1 negara sejak memulakan karier seawal usia belasan tahun pada 2008.

Namun, sebaik saja didedahkan bahawa Jang Ki Ha yang berusia 31 tahun bercinta dengan IU berusia 20 tahun ketika itu, Lee Jong Suk sangat kecewa mendengarnya sehinggakan dia hilang selera seminggu selepas mengirimkan ucapan tahniah kepadanya. Malah, ketika mereka berdiri sepentas sekitar tahun 2015 menerima anugerah Perdana Menteri, Lee Jong Suk tidak mampu bertentang mata dengan IU. Kendatipun IU sudah berpisah dengan Jang Ki Ha pada tahun 2017, Lee Jong Suk masih lagi tidak berani meluahkan perasaan terpendamnya.

@hannanajj Membalas @hannanajj menyukai IU sejak lama begini Reaksi Lee Jong-suk saat IU dapat lencana penghargaan dari pemerintah #iu #leejongsuk #dating #girlfriend #boyfriend #fyp #fypシ #parati #kpop ♬ Sempurna – DENII

Atas hubungan yang masih dianggap IU sebagai kawan lagi tapi bukan pada Lee Jong Suk, Lee Jong Suk hanya sekadar mampu menghadiri konsert IU, bersemuka di sebalik tabir dan meluahkan perasaan tersirat menerusi lirik lagu dan dialog-dialog di dalam drama. Contohnya, salah satu dialog di mana Lee Jong Suk meluahkan perasaan terhadap ‘Kang Dan I’ lakonan Lee Na Young di dalam drama tvN ‘Romance is Bonus Book’.  Ia dijadikan sebagai asbab bahawa Lee Jong Suk bukan saja menganggap IU sebagai wanita lebih matang daripadanya, malah sebagai pelindung kepadanya, seterusnya mirip dengan watak ‘Kang Dan-I’ yang disebut-sebut olehnya sebelum ini dan dialog itu juga dikatakan merujuk kepada cinta terpendamnya terhadap IU secara tersirat.

Kata-kata Lee Jong Suk kepada IU: “Dia seperti ‘Kang Dan-I’ kepadaku.
Dialog lakonan Lee Jong Suk di dalam terhadap Lee Na Young: “Aku tak tahu bila aku mula sukai kau. Dari musim bunga ke musim panas, dari musim panas ke musim luruh dan dari musim luruh ke musim salju. Kau tahu tak bilakah musim sejuk ini berakhir dan musim bunga ini bermula?”.

Walaubagaimanapun, segala-galanya berubah selepas Lee Jong Suk selesai menjalani khidmat ketenteraan pada tahun 2021. Permintaan Lee Jong Suk untuk keluar bersama diperkenankan oleh IU. Dikatakan Lee Jong Suk telah menempah lobi hotel semata-mata untuk makan bersama dengan IU agar perhubungan mereka tidak dihidu oleh media. Malah, dia juga telah memberikan baucar spa percuma kepada keluarga IU ketika IU yang ditemani keluarganya bertemu dengan Lee Jong Suk di lobi hotel. Cerita selanjutnya sepertimana yang didedahkan oleh portal Dispatch.

Jika inilah kesungguhan yang ditawarkan oleh Lee Jong Suk kepada IU, maka tidak mustahil IU akan terbuka hati sepenuhnya. Moga perhubungan kedua-duanya diinjakkan ke jinjang pelamin.

Sumber: N/A

loading...