Agensi sahkan Shindong Super Junior kini sedang menyulam cinta

Shindong Super Junior sedang menjalin hubungan!

Pada 1 Januari, wakil industri melaporkan bahawa Shindong kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang yang bukan selebriti.  Suatu ketika dahulu, teman wanitanya dilaporkan merupakan seorang pelatih idol namun sekarang tidak lagi bekerja dalam bidang berkaitan industri hiburan.

Sebagai maklum balas kepada laporan itu, Label SJ mengesahkan, “Shindong menjalin hubungan dengan bukan selebriti.” Mengenai sebarang rancangan untuk berkahwin, label itu menjelaskan bahawa tidak ada rancangan buat masa ini.

Tahniah kepada Shindong!

loading...