Filem “Decision to Leave” menang besar di 43rd Blue Dragon Film Awards dan ini senarai penuh pemenang

Nampaknya filem arahan Park Chan Wook memonopoli kemenangan di Blue Dragon Film Awards kali ini. Jadi, sudah pasti filem ini memberikan pengalaman dan tontonan yang luar biasa dari pelbagai aspek.

Pada 26 November, 43rd Blue Dragon Film Awards telah diadakan di Dewan Yeouido KBS. Dragon Film Awards adalah majlis anugerah tahunan yang pertama kali dilancarkan untuk mempromosikan pembangunan industri filem domestik dan kini merupakan salah satu majlis anugerah paling berprestij dalam filem Korea.

Untuk tahun kelima berturut-turut, majlis itu dihoskan oleh Kim Hye Soo dan Yoo Yeon Seok, dan majlis dimeriahkan dengan persembahan dari IVE, NewJeans, Zico, Jung Hoon Hee, dan LA POEM.

“Decision to Leave” memenangi sejumlah besar enam anugerah, termasuk Best Picture, Best Actor, Best Actress, Best Director, Best Music, dan Best Screenplay. Walaupun pengarah Park Chan Wook tidak dapat menghadiri majlis itu kerana terikat dengan penggambaran di luar negara, pelakon Park Hae Il, Tang Wei, Lee Jung Hyun, Kim Shin Young, dan Go Kyung Pyo telah berkumpul bersama untuk meraikan kejayaan filem itu.

Sedikit sinopsis menganai “Decision to Leave” yang mana ianya adalah sebuah sebuah filem Korea yang menggabungkan genre misteri dengan percintaan. “Decision to Leave” mengisahkan tentang Hae-jun (Park Hae-il), seorang detektif yang mengendalikan kes seorang lelaki yang maut semasa mendaki gunung. Seo-rae (Tang Wei) yang merupakan isteri kepada lelaki itu juga menjadi suspek utama dalam misteri kematian ini. Bagaimanapun, Hae-jun sebenarnya tertarik dengan Seo-rae semasa proses penyiasatan walaupun dia sudah mempunyai isteri.

Jom semak senarai penuh para pemenang di 43rd Blue Dragon Film Awards!

Best Picture: “Decision to Leave”

Best Actress: Tang Wei (“Decision to Leave”)

Best Actor: Park Hae Il (“Decision to Leave”)

Best Director: Park Chan Wook (“Decision to Leave”)

Best Supporting Actress: Oh Na Ra (“Perhaps Love”)

Best Supporting Actor: Byun Yo Han (“Hansan: Rising Dragon”)

Best New Director: Lee Jung Jae (“Hunt”)

Best New Actress: Kim Hye Yoon (“The Girl on a Bulldozer”)

Best New Actor: Kim Dong Hwi (“In Our Prime”)

Best Music: Jo Young Wook (“Decision to Leave”)

Best Technical Achievement: Heo Myung Haeng, Yoon Sung Min (“The Roundup” [“The Outlaws 2”])

Best Cinematography and Lighting: Lee Mo Gae, Lee Sung Hwan (“Hunt”)

Best Editing: Kim Sang Bum (“Hunt”)

Best Art Direction: Han Ah Reum (“Kingmaker”)

Best Screenplay: Jung Seo Kyung, Park Chan Wook (“Decision to Leave”)

Audience Choice Award for Most Popular Film: “The Roundup”

Best Short Film: Yoo Jong Suk (“Light It Up At 2 a.m.”)

Popular Star Award: Go Kyung Pyo, IU, Daniel Henney, Girls’ Generation’s YoonA

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

Sumber : 1

loading...