Bintang “Extraordinary Attorney Woo” Park Eun Bin akan menemui peminatnya di Kuala Lumpur, 24 Disember ini

Bintang drama “Extraordinary Attorney Woo”, Park Eun-bin akan mengadakan lawatan bertemu peminatnya di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, (November 2022) – Kayak, akta, rotator, tengah hari, kereta lumba! Pelakon Korea Selatan yang sedang meningkat naik ditahun 2022, Park Eun-Bin dari “Extraordinary Attorney Woo” akan berkunjung ke Kuala Lumpur untuk sesi pertemuan peminat Asia pertamanya, Eun-Bin Note: Binkan!

Eun-Bin mencipta populariti yang luar biasa selepas dia membawakan watak Attorney Woo Young-woo dalam K-drama bergenre undang-undang “Extraordinary Attorney Woo” yang disiarkan menerusi platform Netflix, di mana dia menggambarkan sebagai seorang peguam muda dengan gangguan spektrum autisme (ASD) yang suka menyelesaikan kes lawan dengan daya ingatan yang mengagumkan dan proses pemikiran kreatif di luar kotak semasa menghadapi situasi prasangka dan tidak rasional terhadapnya.

Lakonan hebatnya dalam “Extraordinary Woo Young Woo” telah dijadikan kayu pengukur bakat lakonannya apabila telah memenangi beberapa anugerah seperti 2022 Popularity Star Awards ( Actress ) in APAN Star Awards, 2022 Best Actress in Asia Content  Awards dan 2022 Rising Star Award for TV in Critics Choice Awards.

Eun -bin juga terkenal dengan watak utamanya dalam beberapa siri lain seperti “Hello, My Twenties!”, “Hot Stove League”, “The King’s Affection”, “Do You Like Brahms?”, “The Ghost Detective”, dan banyak lagi!

Sebelum ini, aktres berbakat itu telah mengadakan pertemuan peminat pertamanya di Korea Selatan yang mana tiketnya habis dijual dalam masa yang singkat sekaligus membuktikan popularitinya yang luar biasa. Trumpet International berbangga kerana dapat membawakan pelakon yang begitu cemerlang bertemu peminatnya di Malaysia! Peminat Eun- Bin! Anda semua bertuah! Dekati pelakon kegemaran anda kerana anda boleh memenangi peluang untuk bergambar polaroid bersamanya! Yang terbaik antara semua? Dapatkan tandatangannya pada sesi pertemuan peminat itu!

Penjualan tiket telah bermula pada 15 November 2022, 11 pagi lalu secara dalam talian menerusi www.excitix.com.my. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan di Eun-Bin Note: Binkan!

Butiran Tiket seperti berikut:

Tarikh:: 24hb Dis 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00PM
Tempat : Pusat StarXpo, KWC Fashion Wholesale
Harga Tiket : RM 698, RM498, RM298 (tidak termasuk yuran pemprosesan sebanyak RM4)
Laman Web Tiket: :www.excitix.com.my

 

Untuk maklumat lanjut, sila lihat halaman media sosial Trumpet International. [Facebook dan Instagram]

loading...