Lim Young Woong bolot 2 Daesang di Melon Music Awards 2022 dan ini senarai penuh pemenang

Melon Music Awards (MMA) 2022 telah pun berakhir dan semua pemenang telah diumumkan secara rasmi. MMA kembali diadakan secara bersemuka selepas tiga tahun akibat Covid-19 dan kali ini ianya diadakan di Gocheok Sky Dome, Seoul.

MMA 2022 ini dianjurkan oleh Kakao M melalui kedai muzik dalam taliannya Melon dan ia merupakan acara tahunan kali ke-14 dalam sejarah penganjurannya. Melon Music Awards terkenal kerana penekanannya  penekanannya pada jualan digital dan undian awam untuk menentukan pemenangnya. Anugerah ini juga diadakan bagi mengiktiraf artis-artis K-POP yang telah telah meriliskan album sepanjang 8 November 2021 dan 3 November 2022.

‘Top 10 Artists’ diputuskan oleh 20% undian dalam talian dan 80% jualan digital, anugerah utama dipilih oleh 20% undian dalam talian, 60% jualan digital, dan 20% markah juri, anugerah genre diputuskan oleh 70% digital jualan dan 30% markah juri, anugerah populariti dipilih oleh 60% undian dalam talian dan 40% jualan digital, dan anugerah khas diputuskan oleh markah dari juri sahaja.

Tahun ini nampaknya Lim Young Woong bolot lima anugerah di mana dua antaranya adalah Daesang iaitu Best Artist of the Year dan Best Album of the Year. Lim Young Woong merupakan penyanyi trot solo terkenal di Korea Selatan dan juga boleh menyanyikan lagu irama balada serta pop. Kini dia sedang meniti popularitinya serta kejayaan, di mana dia telah menerima pelbagai penghargaan daripada penghasilan muziknya yang bagus dan berjaya menempatkan lagu-lagunya dalam carta muzik digital peringkat global. Jadi, Lim Woo Young merupakan saingan yang tidak dapat dianggap remeh dikalangan penyanyi K-Pop. Mungkin juga genre trot yang dibawakan Lim Young Woong kini dapat diterima baik para penggemar dan mungkin muziknya disesuaikan dengan keadaan semasa.

Siapa sangka IVE juga berjaya mendapatkan Daesang pertama mereka- Best Song of the Year dalam Melon Music Awards. Kumpulan ini juga berjaya membuktikan kemampuan mereka dengan turut memenangi Best New Artist, Best Female Group dan Top 10 Artist. Nampaknya IVE makin menampakkan taringnya dan semakin mencuri perhatian ramai.

BTS juga tidak kurangnya apabila turut memenangi Daesang iaitu Best Record of the Year yang pertama kali diperkenalkan dan juga anugerah Best Male Group.

Jom semak senarai penuh pemenang MMA 2022

Best Artist of the Year (Daesang) | Lim Young Woong

Best Album of the Year (Daesang) | Lim Young Woong – ‘Im Hero

Best Song of the Year (Daesang) IVE – “Love Dive

Best Record of the Year (Daesang) | BTS

Best New Artist Awards | IVE | NewJeans

Best Solo Artist Award (Male) | Lim Young Woong

Best Solo Artist Award (Female) | IU

Best Group (Male) | BTS

Best Group (Female) | IVE

Melon Top 10 Awards |

(G)I-DLE | IVE | Lim YoungWoong | MeloMance | NewJeans | Be’O | BTS | IU | Seventeen | NCT Dream

Best OST | MeloMance – “Love, Maybe” (‘Business Proposal‘ OST)

Best Collaboration | 10cm and Big Naughty – “Beyond Love

Netizen Popularity Award | Lim Young Woong

Hot Trend | LE SSERAFIM

Best Performance | TXT | LE SSERAFIM

Best Songwriter | (G)I-DLE‘s Soyeon

Best Music Style | Big Naughty

Global Artist | MONSTA X

Global Rising Artist | STAYC

Music Video of the Year | (G)I-DLE – “Tomboy

1theK Global Icon | ENHYPEN

KakaoBank Everyone’s Star | BTS

Project Music Award | WSG Wannabe

Best Session | Lee Shin Woo

Stage of the Year | IU – ‘The Golden Hour: Under the Orange Sun

Tahniah kepada semua pemenang.

loading...