Jiyeon T-ara dan Hwang Jae Gyun pilih Disember ini untuk berkahwin

Jiyeon T-ara dan pemain besbol professional, Hwang Jae Gyun akan langsungkan perkahwinan Disember ini.

Selepas mengumumkan berita perkahwinan mereka pada Februari lalu, satu tarikh telah ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka berdua.

Pada 2 November, JTBC News melaporkan bahawa Jiyeon dan Hwang Jae Gyun akan melangsungkan perkahwinan di The Shilla Hotel pada 10 Disember. Sebagai tindak balas kepada laporan itu, wakil dari agensi Jiyeon membuat kenyataan dengan mengatakan, “Jiyeon T-ara dan Hwang Jae Gyun akan mengadakan majlis perkahwinan mereka secara tertutup pada 10 Disember di sebuah lokasi di Seoul.”

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan percintaan mereka pada penghujung tahun 2021, selepas mengenali antara satu sama lain melalui kenalan. Tidak lama selepas itu, kedua-dua Jiyeon dan Hwang Jae Gyun secara peribadi mengumumkan bahawa mereka akan berkahwin melalui surat tulisan tangan. Jiyeon telah menulis dalam suratnya, “Saya akan menjalani kehidupan yang indah dan bahagia dengan teman lelaki saya yang boleh dipercayai, yang sentiasa memberikan bahunya untuk bersandar dan memegang saya dengan kuat.”

Tahniah kepada Jiyeon dan Hwang Jae Gyun!

Sumber : 1 | 2

loading...