Cedera dalam kemalangan motosikal, Taeil akan berehat seketika dari segala aktiviti NCT

Taeil NCT tidak akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijadualkan NCT pada masa akan datang selepas dia mengalami  kecederaan dalam kemalangan motosikal.

Pada 15 Ogos, agensi NCT- SM Entertainment mengumumkan bahawa Taeil telah berdepan dengan kemalangan motosikal pada awal hari itu dan telah mengalami patah tulang dipaha kanannya. Disebabkan itu, dia akan berehat sementara untuk menjalani pembedahan dan memberi tumpuan kepada rawatan serta proses pemulihan. Sehubungan itu, Taeil juga tidak akan menyertai konsert offline pertama NCT sebagai kumpulan penuh, “NCT NATION : To The World,” pada 26 Ogos.

Kenyataan penuh agensi adalah seperti berikut:

Hello.

Kami ingin memaklumkan anda informasi berikut mengenai status kesihatan semasa dan jadual masa depan Taeil NCT.

Pada awal pagi hari ini (15 Ogos), Taeil dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal selepas menamatkan jadual kerjanya ketika dia terlibat dalam kemalangan. Dia segera dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan terperinci.

Hasil daripada pemeriksaan, Taeil disahkan mengalami patah tulang paha kanan dan setelah mendapat nasihat dari pakar perubatan, dia perlu menjalani pembedahan. Pada masa ini, Taeil berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan yang diperlukan di hospital sebelum pembedahan.

Disebabkan itu, Taeil akan menangguhkan aktivitinya buat sementara waktu dan memberi tumpuan kepada rawatan dan pemulihan, serta tidak akan dapat menyertai konsert kumpulan NCT ‘NCT NATION : To The World’ pada 26 Ogos. Kami memohon anda semua faham.

Kami mohon maaf kerana telah membuatkan anda semua bimbang dengan menyatakan berita mengejut ini. Agensi kami sentiasa menjadikan kesihatan artis sebagai keutamaan dan akan membantu Taeil memberi tumpuan kepada proses pemulihannya. Kami akan melakukan yang terbaik supaya dia dapat menyapa peminat semula dalam keadaan yang sihat.

Terima kasih.

Semoga Taeil cepat sembuh!

Sumber : 1

loading...