Tragedi Halloween di Itaewon ragut nyawa Lee Ji Han, peserta “Produce 101 Musim 2”

Bekas peserta rancangan realiti Mnet “Produce 101 Musim 2” dan pelakon Lee Ji Han dilaporkan telah meninggal dunia dalam tragedi di Itaewon.

Untuk makluman, sekurang-kurangnya 151 orang terbunuh dan 156 lain cedera dalam rempuhan maut di Itaewon, Seoul, selepas sekumpulan besar anak muda yang menyambut pesta Halloween terperangkap dan tersepit di lorong sempit pada malam 29 Oktober.

Mendiang Lee Jihan meninggal dunia diusia 24 tahun semasa rempuhan yang berlaku berhampiran Itaewon-dong, di Seoul pada 29 Oktober. Beberapa rakannya yang pernah bekerja dengannya semasa “Produce 101 Musim 2” seperti Park Heeseok, Jo Jinhyung, dan Kim Dohyun juga telah menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa kehilangan rakan seperjuangan mereka.

“Mendiang Lee Ji Han, 30 Oktober 2022. Ji Han telah meninggalkan dunia ini untuk pergi ke tempat yang lebih selesa. Tolong ucapkan selamat tinggal kepadanya apabila dia pergi ke tempat terakhirnya. Oleh kerana ruang terhad, pelawat ke pengebumian Ji Han akan dibenarkan mulai 2 petang esok.,” tulis Park Hee Seok di Instagramnya.

Selain itu, agensi Lee Ji Han,  935 Entertainment turut mengesahkan berita sedih itu.

Memang benar Lee Ji Han meninggal dunia semasa tragedi Itaewon pada 29 Oktober.

Kami berharap ia tidak benar, tetapi apabila kami mendengar berita itu, kami sangat terkejut. Kami akan melakukan semua ini dengan berhati-hati kerana keluarganya masih berada dalam keadaan terkejut dan begitu sedih atas kehilangan ini. Kita doakan untuk mendiang

Lee Ji Han akan dikebumikan pada 1 November ini. Dilahirkan pada 1998, mendiang Lee Jihan pertama kali muncul dalam “Producte 101 Season 2” yang disiarkan pada tahun 2017, menduduki tempat #98, dan tersingkir dalam pusingan pertama penyingkiran. Sejak penampilannya, dia aktif sebagai pelakon, muncul dalam drama web “Today Was Another Nam Hyun Day.”

Semoga Lee Ji Han berehat dengan tenang.

Sumber : 1 , , 3

loading...