Mahkamah Agung Kekalkan Hukuman Penjara 1 Tahun Bagi Rapper NO:EL

Anak lelaki kepada ahli politik Jang Je Won dan bekas peserta “High School Rapper”, NO:EL telah dijatuhkan hukuman penjara setahun.

Pada 14 Oktober, bahagian ketiga Mahkamah Agung mengekalkan hukuman penjara satu tahun untuk NO:EL, yang didakwa enggan menjalankan ujian bacaan nafas (breathalyzer), memandu tanpa lesen dan mengasari pegawai polis.

Tahun lepas pada 18 September sekitar jam 10.30 malam KST, NO:EL memandu sebuah kereta Mercedes-Benz di persimpangan Hospital St. Mary di Banpo-dong, Seoul sebelum bertembung dengan sebuah lagi kenderaan. Sewaktu kejadian, dia didapati memandu tanpa lesen, enggan menjalankan ujian bacaan nafas dan menghalang tugas pegawai polis.

Pada perbicaraan pertama dan kedua, NO:EL didapati bersalah atas kebanyakan pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara satu tahun. Walaupun dia dibebaskan atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas pegawai polis dan tahap kecederaan adalah kecil, NO:EL merayu terhadap keputusan itu, dan kes itu dibawa ke Mahkamah Agung. Oleh kerana keputusan asal disahkan di mahkamah rayuan, dia akhirnya dijatuhkan hukuman penjara.

Sebelum ini pada 2020, NO:EL dijatuhi hukuman penjara satu tahun enam bulan dan dua tahun percubaan di bawah tuduhan memandu di bawah pengaruh dan cuba menukar pemandu. Semasa dalam tempoh percubaan, dia melakukan jenayah yang sama dan telah ditangkap pada 12 Oktober 2021 selepas waran tangkap dikeluarkan. NO:EL berada di bawah tahanan semasa perbicaraan sedang berjalan dan dibebaskan pada akhir bulan lalu selepas penahanan itu dibatalkan. Memandangkan hukuman asal penjara setahun telah disahkan, NO:EL telah dibebaskan dari penjara pada 9 Oktober baru-baru ini selepas ditahan selama setahun sejak penahanannya.

Sumber : 1 , 2 , 3

loading...