Kim Young Dae, Park Ju Hyun, Kim Woo Seok dan ramai lagi hadir ke bacaan skrip “The Forbidden Marriage”

Drama terbaru MBC “The Forbidden Marriage” telah berkongsi foto bacaan skrip pertama mereka! Menurut pihak produksi drama, adegan pembacaan skrip berjalan dengan sempurna kerana barisan pelakon dapat menyelami watak masing-masing dengan baik.
“The Forbidden Marriage” yang bertemakan romantik komedi bersejarah ini mengisahkan tentang tentang perintah larangan perkahwinan yang berlaku sejak Raja Lee Heon (Kim Young Dae) kehilangan puteri mahkotanya tujuh tahun lalu. Pada suatu hari, penipu So Rang (Park Ju Hyun) memberitahu raja bahawa dia boleh dirasuk roh mendiang puteri mahkota.

Drama ini adalah adaptasi dari webtoon popular dengan nama yang sama oleh Chun Ji hye oleh San Chaek. Kisah ‘The Forbidden Marriage’ ini telah tamat di Webtoon dengan jumlah keseluruhan 103 episod.

Bacaan skrip ini turut dihadiri oleh Park Ju Hyun, Kim Young Dae, Kim Woo Seok, Yang Dong Geun, Park Sun Young, Choi Duk Moon dan Kim Min Ju.

Park Ju Hyun akan berperanan sebagai pencari jodoh bernama Ye So Rang dan juga seorang penipu. So Rang memberitahu bahawa roh mendiang isteri Raja Lee Heon berada di istana diraja. Untuk terus hidup, So Rang malah berani berlagak seolah-olah tubuhnya dirasuk isteri mendiang raja. Pembohongan So Rang kelaknya akan menjadi lebih besar dan tidak terkawal.

Kim Young Dae, yang ketampanannya telah mencairkan hati ramai wanita, akan memainkan watak Lee Heon, Raja Joseon serta seorang lelaki yang romantik. Sang Raja akan melakukan apa sahaja untuk wanita yang dicintainya, malah sejak kematian isteri tercinta 7 tahun lalu, Lee Heon tidak dapat melupakannya.

Selama 7 tahun yang lalu, keluarga diraja telah berusaha agar Raja Lee Heon akan berkahwin semula, tetapi tidak berjaya. Negeri itu malah melarang semua wanita bujang berkahwin selagi rajanya tidak berkahwin, dan peraturan ini mencetuskan kemarahan rakyat. Segala-galanya berubah apabila Raja Lee Heon bertemu dengan So Rang (Park Ju Hyun) yang mengatakan roh arwah isterinya berada di dalam istana.

Pasukan produksi teruja melihat betapa cepatnya Park Ji Hyun menghayati peranannya ketika pelakon itu meneliti skrip dan ramai yang menunggu dalam keterujaan untuk melihat bagaimana Park Ji Hyun serta Kim Young Dae akan berinteraksi di skrin.

 

Selain itu, Kim Woo Seok akan melakonkan watak Shin Won, seorang anggota badan kehakiman dan anak sulung Pengerusi Majlis Negeri. Lee Shin Won digambarkan sebagai seorang yang berhati dingin dan dia sangat menawan walaupun kelihatan tidak ambil pusing, membuatkan penonton teruja dengan transformasi Kim Woo Seok seterusnya.

Yang Dong Geun yang memegang watak sebagai Menteri Peperangan Jo Sung Gyun, Park Sun Young yang memainkan watak gundik Ye Hyun Ho Seo Woon Jung, Choi Duk Moon yang wataknya membantu So Rang, dan Kim Min Ju yang memegang watak Puteri Mahkota Ahn juga kelihatan mengagumkan ketika bacaan skrip.

Mereka disertai oleh sekumpulan pelakon berbakat lain termasuk Lee Hyun Geol, Hwang Jung Min, Cha Mi Kyung, Lee Jung Hyun, Kim Min Seok, Yoon Jung Hoon, Hong Si Young, Jung Bo Min, Kim Min Sang, Jo Seung Yeon , Uhm Hyo Sup, Song Ji Woo, Seo Jin Won, Jeon Jin Oh, Lee Doo Seok, Lee Yoo Kyung dan ramai lagi.

Kesemua pelakon dilihat berkongsi tawa dan keseronokan ketika bacaan skrip berlangsung. Namun begitu mereka tetap menunjukkan dedikasi mereka terharap peranan masing-masing sambil menghayati sepenuhnya sepenuhnya watak mereka.

“The Forbidden Marriage” mendapatkan khidmat Cheon Ji Hye sebagai penulis skrip. Manakala Park Sang Woo yang pernah mengetuai drama “My Secret Terrius” dan “Never Twice” akan duduk di kerusi pengarah. Drama ini akan ditayangkan dirangkaian MBC pada 9 Disember 2022 depan.

Sumber : enews

loading...