Konsert BTS “Yet to Come in BUSAN” boleh distrim secara percuma di Naver NOW & Weverse 15 Oktober ini

Pada 15 Oktober, BTS akan mengadakan konsert ‘BTS ‘Yet To Come’ di BUSAN’ sempena Ekspo Dunia Busan 2030 di Stadium Utama Busan Asiad. Memandangkan persembahan ini diadakan secara percuma, ia dijangka menjadi tempat tumpuan festival global di mana orang ramai dari seluruh dunia boleh berkumpul, dan pada masa yang sama, ia dijangka akan menyumbang kepada tarikan Ekspo Dunia Busan dengan menyebarkan budaya Busan dan Korea. Dijangka konsert ‘BTS ‘Yet To Come’ di BUSAN akan menarik kira-kira 100,000 peminat, dan akan menjadi acara terbesar yang pernah diadakan di Busan.

Terdahulu pada 8 Oktober lepas, BTS telah kembali secara berkumpulan untuk menghadiri dan membuat persembahan do The Fact Music Awards 2022. Kehadiran mereka ke majlis anugerah itu sekaligus mencetuskan keterujaan peminat untuk menantikan konsert ‘BTS ‘Yet To Come’ di BUSAN’. Pada malam itu, J-Hope dan RM turut memberikan bayangan mengenai konsert percuma tersebut. Mereka berjanji akan memberikan persembahan yang memukau, dan bertenaga sekali gus mempromosikan kebudayaan Korea di seluruh dunia.

LIVE PLAY:

Selain persembahan secara bersemuka, LIVE PLAY juga akan diadakan. Dengan skrin besar dipasang di tempat letak kereta luar Terminal Penumpang Antarabangsa Pelabuhan Busan dan pentas khas di Haeundae, penonton boleh menikmati ‘BTS ‘Yet To Come’ di BUSAN’ dengan rasa kehadiran yang jelas.

‘BTS ‘Yet To Come’ in BUSAN’ boleh dinikmati melalui siaran TV menerusi JTBC dan Japanese TBS Channel 1, dan penstriman langsung dalam talian di pelbagai platform seperti Weverse, ZEPETO, dan Naver Now. Tidak kira di rantau mana atau generasi apa, semua orang dijangka boleh menonton dan menikmati konsert BTS bersama-sama.

Platform penstriman langsung:

Weverse, platform kehidupan fandom global, menyokong sejumlah 8 bahasa dan sari kata, termasuk Korea, Inggeris, Cina, Jepun, Sepanyol, Indonesia, Vietnam dan Thai. Ia akan mula distrim pada 15 Oktober jam 6 petang KST’ atau 7 petang waktu Malaysia.

Selain Weverse, ‘Yet to Come in BUSAN’ juga boleh distrim pada menerusi aplikasi Naver NOW. Jadi ARMY, biarpun tidak berada dilokasi konsert, anda juga dapat menonton dan menikmati konsert ini di mana saja anda berada disamping tidak perlu bimbang tentang kos perjalanan, tiket, dan penginapan.

‘BTS ‘Yet To Come’ in BUSAN’ adalah selaras dengan album ‘Proof’, yang mengandungi sejarah BTS, yang membuktikan nilai mereka melalui muzik. Dikhabarkan dari segi pemilihan lagu sepanjang konsert, ianya dipilih berdasarkan lagu yang mewakili BTS dan telah berjaya membawa mereka ke seluruh pelosok dunia. Jadi peminat boleh menyanyikan dan menikmati lagu mereka bersama-sama.

Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan konsert epik dari BTS ini. Naver NOW dan Weverse boleh didapati di Google Play dan App Store. Kami sudah tidak sabar menontonnya bersama!

Sumber : 1 | 2

loading...