Dapatkan tiket JACKSON WANG MAGIC MAN WORLD TOUR 2022 KUALA LUMPUR mulai 14 Oktober ini

(12 Okt 2022) AEG Presents Asia, InTour Live, IME Entertainment Group Asia, dan Jackson Wang mengumumkan siri jelajah MAGIC MAN WORLD TOUR 2022 -2023, termasuk Kuala Lumpur pada 17 Disember 2022 di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Siri jelajah solo pertamanya bermula pada 26 November 2022 di Bangkok, Thailand, dan pengembaraan ini turut mengunjungi beberapa bandar seperti Singapura, London, Paris dan Dubai.

Dipromosikan oleh AEG Presents Asia dan InTour Live, tiket MAGIC MAN WORLD TOUR 2022 KUALA LUMPUR Jackson Wang adalah berharga dari MYR388 (tidak termasuk yuran pemprosesan MYR4) dan Pakej VIP eksklusif juga tersedia dengan bilangan yang terhad. Tiket akan mula dijual pada pukul 2 petang waktu tempatan pada hari Jumaat, 14 Oktober melalui www.ticketcharge.com.my

Sebagai artis solo, Jackson ialah penyanyi solo Cina pertama yang membuat persembahan di pentas utama Coachella. Dia juga telah membuat persembahan di grand final Festival HITC, dan mula mengecap popularitinya melalui pelbagai persembahan muzik di seluruh dunia. Album terbarunya ‘MAGIC MAN’ menduduki tempat 15 Teratas di Billboard 200 dan juga menduduki tempat 13 Teratas di Billboard Artist 100 pada 2022.

“MAGIC MAN” adalah bentuk muktamad diri sendiri, setelah melalui kemuncak dan lembah kehidupan yang berbeza untuk sampai ke versi yang paling tulen. Setiap orang mampu menjadi MAGIC MAN mereka sendiri. Ia bukan misteri, semuanya hanya magik”, kata Jackson.

“Jackson telah mengharungi dunia muzik dan AEG sangat teruja untuk mempersembahkan siri jelajah antarabangsa pertamanya. Tidak dapat dinafikan stage presence (kehadiran pentas) Jackson yang digabungkan dengan produksi bertaraf dunia akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat” kata Adam Wilkes, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif AEG Asia.

“Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan dan menjadi tuan rumah Jackson Wang di Malaysia, menyusun pengalaman konsert yang tidak seperti yang lain dan dengan harapan ia akan membuatkan peminat Malaysianya mahukan lebih banyak lagi” kata Bonor Seen, Pengarah Urusan InTour Live.

Pengumuman siri jelajah itu menyusul selepas kejayaan album kedua Jackson, “MAGIC MAN” yang telah dikeluarkan pada September lepas. Album ini menampilkan 10 lagu termasuk “Blue”, manakala “Blow” dan “Cruel,” telahpun dikeluarkan terlebih dahulu yang mana kedua-duanya digambarkan sebagai “a dark and plodding swagger” oleh People.

Diinspirasikan oleh rock 70-an, “MAGIC MAN” ialah penerokaan cinta toksik dan penemuan diri yang bertenaga dan penuh semangat. Persona “MAGIC MAN” memberikan sinar baru bagi Jackson, membolehkannya mempamerkan sisi dirinya yang tidak pernah dilihat peminat sebelum ini. Dihasilkan oleh Jackson Wang, Daryl K dan Henry Cheung, “MAGIC MAN” mengikuti perjalanan Jackson ketika dia mendapati dirinya dalam realiti alternatif, bekerja di bawah undang-undang misteri, godaan dan kekeliruan.

Sebagai artis dan pengarah kreatif yang diiktiraf di peringkat global, matlamat Jackson adalah untuk mempamerkan bunyi yang dipengaruhi oleh China di pentas muzik antarabangsa dan menyerlahkan budaya China dan Asia di seluruh dunia. Dalam pendakiannya menuju kepuncak populariti, Jackson telah mengumpulkan lebih 90 juta pengikut di seluruh sosial.

 

JACKSON WANG MAGIC MAN WORLD TOUR 2022 KUALA LUMPUR
Date: November 17, 2022, (Saturday)
Venue: Axiata Arena, Kuala Lumpur

ONLINE SALE DETAILS:-
Date: October 14, 2022, (Friday)
Time: 02:00PM
Ticket Price: MYR788 / MYR688 / MYR588 / MYR558 / MYR488 / MYR388
Ticketing: https://premier.ticketcharge.com.my/shows/show.aspx?sh=jackmm22
Hotline: +603 9222 8811
Processing Fee: MYR 4.00 (per ticket)
Tickets Purchase: Maximum 4 Tickets (per transaction)

loading...