Dayeon Kep1er dan Won Ciipher bercinta? Ini respons agensi mereka

Pada 13 Oktober, sebuah media melaporkan bahawa Won dan Dayeon sedang bercinta. Menurut laporan itu, pasangan itu telah memuat naik di media sosial gambar mereka mengunjungi tempat yang sama, memakai pakaian yang sama. Oleh itu, perkara ini telah menimbulkan spekulasi dikalangan peminat bahawa mereka sedang menjalin hubungan.

Label Dayeon Kep1er; CJ ENM  dan Won Ciipher; Won Rain Company hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai khabar angin percintaan yang menyelubungi kedua-dua idola itu sebagai tindak balas kepada laporan tersebut.

Gambar yang telah dikongsi dimedia sosial Dayeon dan Won

Rain Company menyatakan, “Sukar untuk mengesahkan [sama ada laporan itu benar] kerana ia adalah kehidupan peribadi artis,” manakala CJ ENM mengulas, “Oleh kerana ini adalah perkara peribadi, sukar untuk kami memberikan jawapan.”

Sumber : mk | newsnate

loading...