Rentetan kontroversi memandu dalam keadaan mabuk, Heo Chan tinggalkan VICTON

Main dancer serta vokal kumpulan VICTON, Heo Chan secara rasminya akan meninggalkan kumpulan itu. Berita itu telah dikongsikan oleh agensi VICTON iaitu IST Entertainment.

Bulan lalu, Heo Chan mengaku bersalah atas tindakan memandu secara mabuk dan telah disiasat pihak berkuasa. Disebabkan itu, dia telah menghentikan semua aktiviti dan berkongsi permohonan maaf bertulis tangan selepas kontroversi memandu di bawah pengaruh alkohol tersebar luas.

Pada 11 Oktober, agensi itu menyatakan bahawa selepas membincangkan perkara itu dengan kesemua ahli kumpulan dan Heo Chan, yang “tidak mahu menyebabkan kerosakan lebih lanjut” kepada VICTON dan rakan kumpulannya, dia memutuskan untuk meninggalkan kumpulan tersebut.

Hello. Ini ialah IST Entertainment.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang mengambil berat dan sentiasa menyokong VICTON.

Kami ingin memaklumkan kepada anda semua tentang perubahan pada barisan ahli [VICTON].

Selepas perbincangan yang teliti dengan semua ahli VICTON, termasuk Heo Chan, telah diputuskan bahawa Heo Chan akan meninggalkan kumpulan itu.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira pendapat Heo Chan, yang mengatakan bahawa dia tidak mahu menyebabkan kerosakan lebih lanjut [kepada kumpulan], dan ahli lain.

Sekali lagi, kami ingin memohon maaf kepada peminat atas berita mengejut ini, dan kami ingin meminta pemahaman anda.

Oleh itu, VICTON akan disusun semula sebagai kumpulan dengan enam ahli yang terdiri daripada Han Seung Woo, Kang Seungsik, Im Sejun, Do Hanse, Choi Byungchan, dan Jung Subin.

‘2022 VICTON FAN CONCERT [CHRONICLE]’, yang dijadualkan pada 15-16 Oktober dan aktiviti lain yang dijadualkan pada masa hadapan akan diadakan dengan penyertaan lima ahli kerana Han Seungwoo kini sedang berkhidmat dalam tentera.

Pada masa ini, ahli VICTON sedang bekerja keras dan memberikan persembahan yang terbaik untuk  ‘2022 VICTON FAN CONCERT [CHRONICLE],’ yang telah lama ditunggu oleh peminat mereka.

Kami memohon sokongan anda untuk semua ahli VICTON yang sedang bersiap siaga agar usaha mereka tidak sia-sia.

Terima kasih.

Pemergian Heo Chan didakwa disebabkan oleh kontroversi memandu di bawah pengaruh alkohol pada September lepas. Semoga baik-baik saja buat Heo Chan dan VICTON. Hwaiting!

Sumber : sedaily | mk

loading...