Memandu dalam keadaan mabuk dan ditahan polis, ini respons agensi Shin Hye Sung

Shin Hye Sung Shinhwa dilaporkan memandu dalam keadaan mabuk serta menggunakan kenderaan yang bukan miliknya telah ditahan polis

Pada pagi 11 Oktober, Shin Hye Sung dari Shinhwa telah ditahan atas tuduhan enggan mengambil ujian pernafasan di jambatan Tancheon 2-gyo di daerah Songpa di Seoul.

Pagi ini, polis menerima laporan bahawa berlaku kesesakan lalu lintas dan mendapati Shin Hye Sung sedang tidur di dalam kereta di lampu merah.

Polis mengarahkan Shin Hye Sung untuk melakukan ujian breathalyzer, tetapi penyanyi itu menolak.

Selain itu, kenderaan yang dipandu Shin Hye Sung ketika itu telah dilaporkan dicuri bermakna ia bukan miliknya.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, agensi Shin Hye Sung; Liveworks Company telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penahanan penyanyi itu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol (DUI).

Berikut adalah kenyataan agensi Shin Hye Sung:

Helo, ini Liveworks Company.

Kami terlebih dahulu ingin memaklumkan kepada anda tentang penemuan syarikat setakat ini berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk yang melibatkan Shin Hye Sung, yang berlaku awal pagi ini.

Shin Hye Sung mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di daerah Gangnam bersama kenalan sekitar jam 11 malam pada 10 Oktober. Selepas itu dia pulang ke rumah setelah mengambil minum an alkohol dan mendapatkan kunci kenderaan daripada atendan valet. Dalam perjalanan pulang, dia tertidur ketika berhenti di jalan raya, enggan mengambil ujian breathalyzer yang diarahkan oleh polis yang ditugaskan ke tempat kejadian, dan telah ditangkap.

Tiada alasan untuk kelakuan Shin Hye Sung yang memandu di bawah pengaruh serta memandu tanpa mengetahui kenderaan itu bukan miliknya. Kami  memohon maaf kepada semua.

Syarikat Liveworks akan memberitahu anda lebih lanjut apabila kami mengetahui situasi yang sebenar.

Kami sekali lagi memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan sedemikian.

Shin Hye Sung atau nama sebenarnya Jung Pil Kyo merupakan ahli kumpulan lelaki senior, Shinhwa yang memulakan kerjaya pada tahun 1998.

Sumber :

loading...