Bintang filem “Parasite” Song Kang Ho akan bintangi drama pertamanya “Uncle Samsik” disamping Byun Yohan untuk tayangan Disney+ Hotstar

Siri 16 episod yang menarik berlatarkan Korea sekitar tahun 1960-an, “Uncle Samsik” yang dibintangi Song Kangho dan Byun Yohan akan debut pada 2024 secara eksklusif di Disney+ Hotstar

Berlatarkan tahun 1960-an di Korea, drama “Uncle Samsik” mengetengahkan zaman huru-hara dan kekacauan di Korea sehingga seorang lelaki yang bergerak dalam bayang-bayang muncul untuk memanipulasi sistem dan pemain utamanya demi kemajuan negara.

“Uncle Samsik” yang membawa genre fiksyen berkisarkan seorang lelaki bernama Kim San (Byun Yo Han), yang digambarkan sebagai seorang yang idealistik, bercita-cita tinggi dan terdorong untuk mengubah nasib negaranya. Sebagai penerima Biasiswa Albright, Kim San hanya mahu mengubah negaranya menjadi sebuah negara perindustrian dan memberikan kemakmuran peringkat Amerika kepada rakyat Korea.

Niat Kim San nampaknya berjaya menarik perhatian Encik Doochill atau Uncle Samsik (Song Kang Ho), seorang pekerja yang mencurigakan yang mampu menyesuaikan diri dengan semua situasi. Beliau juga akan mengambil apa sahaja langkah yang perlu untuk membantu mencapai matlamat bosnya.

Kim San dan Uncle Samsik mula bekerjasama membentuk pakatan yang tidak mudah untuk meneroka kerumitan sistem sedia ada. Kedua-duanya berhasrat untuk merealisasikan matlamat bersama demi masa depan yang lebih baik. Jadi, adakah niat ini akan berjaya?

“Uncle Samsik” dibintangi oleh Song Kangho (Parasite, Snowpiercer) sebagai Pak Doochill/Uncle Samsik, sseorang pekerja dan juga bunglon yang mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan untuk menyokong matlamat orang atasannya, dan Byun Yohan (Mr. Sunshine, Six Flying Dragons) sebagai Kim San, seorang idealis yang ingin membawa kemakmuran seperti Amerika kepada rakyat Korea. Drama ini ditulis dan diarahkan oleh Shin Yeon Shick (Cobweb, Cassiopeia).

Untuk pengerahuan juga, “Uncle Samsik” merupakan projek drama Korea pertama untuk Song Kang Ho, yang dikenali sebagai pelakon Chungmuro ​​dengan pelbagai filem popular seperti A Taxi Driver (2017), Parasite (2019), Emergency Declaration (2022), dan Cobweb (2023).

Selain Song Kang Ho dan Byun Yo Han, drama ini juga akan dilakonkan oleh Lee Kyu Hyung dan Seo Hyun Woo. Jangan lupa untuk strim “Uncle Samsik” pada tahun 2024, secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

loading...