Dah lama bercinta, jadi Oppa nak kahwin Oktober ini – Namgoong Min

Pelakon Namgoong MIn dan model Jin Ah Reum bakal berkahwin!

Pada 28 September, Dispatch melaporkan bahawa kedua-dua selebriti itu akan menuju ke jinjang pelamin awal Oktober depan. Menurut laporan itu lagi, pelakon Jung Moon Sung, yang sebelum ini membintangi “Good Manager,” “The Undateables,” dan “The Veil” dengan Namgoong Min, akan bertanggungjawab mengacarakan majlis perkahwinan itu.

Sebagai maklum balas kepada laporan itu, agensi Namgoong Min, 935 Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello. Ini ialah 935 Entertainment.

Pelakon Namgoong Min akan berkahwin secara rasmi dengan pasangannya, Jin Ah Reum.

Perkahwinan mereka akan berlangsung pada 7 Oktober di sebuah lokasi di Seoul. Momen istimewa ini akan diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan.

Kami mengharapkan restu dan sokongan semua untuk kehidupan mereka pada masa hadapan. Namgoong Min dan Jin Ah Reum akan terus menyapa peminat melalui projek yang menunjukkan kemajuan mereka agar kedua-duanya dapat membalas sokongan yang telah diberikan oleh peminat

Kami berharap peminat akan terus menunjukkan minat dan kasih sayang terhadap pelakon Namgoong Min.

Terima kasih.

Namgoong Min dan Jin Ah Reum pertama kali bertemu sebagai pengarah dan pelakon pada tahun 2015 menerusi filem “Light My Fire.” Pada tahun berikutnya, mereka mengesahkan hubungan mereka, dan pasangan itu telah menyulam cinta selama tujuh tahun. Pada Anugerah Drama MBC 2021 di mana Namgoong Min menerima Hadiah Utama (Daesang) untuk lakonannya dalam “The Veil,” dia berkongsi dalam ucapannya, “Ah Reum, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya, dan saya sayang kamu. ” Terkini, Namgoong Min membintangi drama SBS “One Dollar Lawyer” (sedang ditayangkan), yang mendapat penilaian penonton yang mengagumkan dengan hanya dua episod pertama.

Tahniah kepada pasangan ini!

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 |

loading...