Jung Joong Ji, bekas peserta Produce 101 tamatkan riwayat hidup dengan membunuh diri

Bekas peserta ‘Produce 101’ Musim 2, Jung Joong Ji telah mengambil nyawanya sendiri.

Pada 20 September, ibu Jung Joong Ji mendedahkan bahawa anaknya telah meninggal dunia menerusi media sosial, Twitter.

Dia menulis,

“Ini ibu Jung Joong Ji. Anak saya telah mengambil nyawanya sendiri. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya sekarang.”

Menurut ibu kepada mendiang yang merupakan penyanyi dan pelakon itu, Jung Joon Ji meninggal dunia pada 9hb, iaitu 4 hari selepas hari jadinya yang ke-30. Pengebumian telah diadakan pada 11hb jam 9 pagi KST.

Jung Joon Ji pernah membintangi drama ‘Prison’ dan ‘The Essence of Love’. Dia juga menyertai musim 2 ‘Produce 101’ Mnet pada 2017, tetapi tersingkir di tempat ke-64 dengan 86,864 undian.

Salam takziah kepada keluarga mendiang!

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber : newshttps://news.nate.com/view/20220922n41130

loading...