Ko Woo Rim FORESTELLA umum perkahwinan dengan ratu figure skating, Kim Yuna

Ko Woo Rim FORESTELLA dan juara figure skating Kim Yuna akan berkahwin pada Oktober depan!

Pada 25 Julai, THE FACT melaporkan bahawa Kim Yuna dan Ko Woo Rim sedang bercinta dan secara serius memikir untuk membawa hubungan mereka ke fasa perkahwinan.

Sebagai maklum balas kepada laporan itu, wakil agensi Kim Yuna, All That Sports mengesahkan, “Pada akhir Oktober di Seoul, [Kim Yuna] akan berkahwin dengan vokalis FORESTELLA, Ko Woo Rim. Kedua-dua mereka ingin mengadakan majlis perkahwinan biasa bersama keluarga, kawan rapat, dan kenalan, jadi kami akan menjalankan majlis tersebut secara tertutup tanpa mendedahkan tarikh dan lokasi perkahwinan. Kami harap peminat semua faham.”

Agensi Ko Woo Rim, BEAT INTERACTIVE mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello. BEAT INTERACTIVE di sini

Kami ada berita gembira untuk dikongsi mengenai artis agensi kami, Ko Woo Rim. Ko Wo Rim akan berkahwin dengan ratu skating Kim Yuna pada bulan Oktober.

Majlis perkahwinan mereka akan dijalankan secara tertutup disamping saudara mara dan kenalan, justeru kami dengan rendah hati berharap agar peminat dan media faham mengapa kami tidak kongsikan tarikh dan lokasi perkahwinan.

Ko Woo Rim pertama kali bertemu dengan bakal pengantin pada 2018 disatu persembahan pertunjukan ais All That Skate, dan selepas tiga tahun bercinta, nampaknya mereka memang telah dijodohkan bersama dan perkahwinan adalah bukti cinta sejati mereka.

Ko Woo Rim ialah graduan muzik  Universiti Kebangsaan Seoul, dan merupakan ahli kumpulan FORESTELLA, kumpulan yang memenangi ‘Phantom Singer 2’ JTBC. Dia akan meneruskan aktivitinya sebagai penyanyi pop dan klasik selepas berkahwin. Terus kan menyokong aktiviti Ko Woo Rim kerana dia akan meneruskan kerjayanya dalam keluarga yang stabil.

Terima kasih.

Kami ucapkan sekalung tahniah kepada Kim Yuna dan Ko Woo Rim.

Sumber : seoul.co | Osen

loading...