Didakwa membuli beramai-ramai, Jo Byung Gyu tak mahu cakap panjang & minta serah pada siasatan polis

May be an image of 1 person

Lantaran Jo Byung Gyu dikaitkan dengan tuduhan buli oleh seorang netizen pada suatu ketika dulu, pelakon itu hari ini membuat kenyataan penafian terhadapnya.

Jurucakap agensinya, HB Entertainment dilaporkan berkata, “Untuk mengambil tindakan tegas terhadap tohmahan dibuat ke atas Jo Byung Gyu, syarikat akhirnya memohon polis menjalankan siasatan terhadapnya. Kami tidak boleh membiarkan tohmahan-tohmahan tersebut daripada berleluasa, maka kami bertanggungjawab tanpa prejudis terhadap apa jua keputusan siasatan itu nanti.”

Semalam, tertularnya satu hantaran yang dibuat di laman komuniti forum tempatan mengatakan kejadian buli beramai-ramai tersebut dikatakan berlaku ketika mereka belajar bersama-sama di Westlake High School bertempat di New Zealand lebih kurang 10 tahun lalu.

Ini kali kedua pelakon itu berhadapan tuduhan buli selepas menafikannya ketika berlakon di dalam drama jtbc Sky Castle dahulu. Selelpas selesai membintangi drama OCN Uncanny Counter, pelakon itu dilihat membuat kemunculan di dalam program realiti tv seperti MBC Hangout with Yoo dan bakal menjadi hos rancangan bersama Yoo Jae Suk untuk KBS ‘Happy Together Come Back Home.

Sumber: sport chosun

loading...