Hongjoong dan Yunho ATEEZ kini MC baru untuk MBC ‘Idol Radio’ musim 3

Hongjoong dan Yunho ATEEZ telah dipilih sebagai hos baharu MBC ‘Idol Radio’ musim ketiga.

Hongjoong dan Yunho akan mengambil alih musim baharu ‘Idol Radio’ bermula pada 12 September, disiarkan secara eksklusif di aplikasi Universe pada hari Isnin dan Rabu pukul 9 malam KST. Program ini juga disediakan melalui radio MBC dan MBC FM4U pada hari Sabtu dan Ahad.

Awal tahun ini, ahli MONSTA X Hyungwon dan Jooheon mengucapkan selamat tinggal kepada penonton ketika mereka menamatkan musim kedua ‘Idol Radio’. Kini, program ini bersedia untuk kembali dengan konsep baharu pada musim ke-3.

Sumber : 1

loading...