Kdrama thriller fantasi jenayah Korea “Connect” akan tayang di Disney+ Hotstar

Kerjasama yang menarik antara pengarah Jepun Miike Takashi dan pelakon bertaraf bintang Korea, “Connect” akan mempertaruhkan pembunuh bersiri dengan seorang lelaki yang bertekad untuk menuntut semula apa yang menjadi miliknya.

Kehidupan Ha Dong Soo penuh dengan rahsia. Sepanjang hidupnya, dia mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan dirinya dengan cepat, tidak kira betapa seriusnya kecederaan itu. Walaupun dia mempunyai kebolehan yang luar biasa, ramai orang sekeliling menganggap Dongsoo sebagai raksasa.

Dia terpaksa menjalani kehidupan bersendirian di tengah-tengah kesibukan dan hingar-bingar bandar, sehingga satu hari, sekumpulan pencuri organ menculik Dongsoo dan mengambil matanya. Selepas bangun dari tempat pembedahan, Dongsoo berjaya melarikan diri, tetapi dia kehilangan matanya.

Selepas kejadian itu, Dongsoo sedar, matanya yang hilang itu kini digunakan oleh pembunuh bersiri yang sedang menghantui penduduk Seoul. Bertekad untuk mengambil kembali matanya, Dongsoo akan mengejar pembunuh bersiri itu dan melakukan apa sahaja untuk memulihkan dirinya semula.

Kerjasama unik antara pengarah Jepun yang prolifik Miike Takashi (13 Assassins, Ichi the Killer, Gozu) dan penulis Nakamura Masaru serta Heo Dam (Monstrum), Connect menampilkan barisan pelakon berbakat Korea yang bertaraf bintang, termasuk Jung Haein (Snowdrop, Start-Up, Tune in for Love) sebagai Ha Dongsoo, seorang lelaki yang menyembuhkan diri sendiri yang kini dapat melihat dari sudut pandang seorang pembunuh besiri yang terkenal, Ko Kyungpyo (Decision to Leave, Seoul Vine, Private Lies) sebagai pembunuh bersiri Oh Jinseop, dan Kim Hyejun (Inspector Koo, Kingdom, Sinkhole) sebagai Irang yang misteri.

Connect merupakan siri Korea terbaharu yang menyertai kandungan luas hiburan tanpa henti yang tersedia di Disney+ Hotstar selain Big Mouth mengenai seorang peguam yang tidak cekap yang dipenjarakan secara palsu dan dituduh sebagai penipu paling terkenal di negara itu; Soundtrack #1, tentang cinta yang tidak berbalas antara dua kawan rapat, dan banyak lagi.

Drama Connect boleh distrim tidak lama lagi. Jadi, jangan lupa untuk melanggan Disney+ Hotstar untuk mendapatkan drama-drama Korea yang terbaik. Memang tak rugi sebab korang boleh strim drama kegemaran korang sama waktu dengan tayangan di Korea!

loading...