Baekhyun EXO/Super M diiktiraf artis solo Korea tersohor di Amerika Syarikat pada tahun 2020, menurut Billboard TOP 50

Artis solo Korea paling terkenal di Amerika Syarikat, bukan daripada BTS mahupun Blackpink tetapi orang itu ialah Baekhyun.

Menurut senarai akhir tahun yang dikeluarkan oleh Billboard TOP Social 50, hanya Baekhyun satu-satunya artis solo Korea yang tersenarai manakala untuk artis solo Kpop pula, hanya Baekhyun dan Jackson Wang GOT7 saja berada di dalam senarai manakala BTS, EXO dan NCT 127 kekal paling popular di cabang media sosial Amerika Syarikat pada tahun 2020 mengatasi artis-artis kelahiran di negara itu sendiri.

1. BTS
2. EXO
3. NCT 127
4. Ariana Grande
5. SEVENTEEN
6. SB19
7. TOMORROW X TOGETHER (TXT)
8. ATEEZ
9. BLACKPINK
10. Billie Eilish
11. MONSTA X
12. GOT7
13. Stray Kids
14. NCT DREAM
15. Justin Bieber
16. Cardi B
17. TWICE
18. NCT
19. THE BOYZ
20. Fiersa Besari
21. BAEKHYUN
22. TREASURE
23. Selena Gomez
24. The Weeknd
25. Lil Nas X
26. SuperM
27. Lady Gaga
28. Harry Styles
29. Dua Lipa
30. Louis Tomlinson
31. Taylor Swift
32. Red Velvet
33. Rihanna
34. Travis Scott
35. Megan Thee Stallion
36. Kanye West
37. WayV
38. Lil Uzi Vert
39. IZ*ONE
40. ASTRO
41. Lali
42. Niall Horan
43. Halsey
44. DaBaby
45. MAMAMOO
46  Jackson Wang
47. Eminem
48. Marilia Mendonca
49. Ice Cube
50. YoungBoy Never Broke Again

Berdasarkan carta akhir tahun TOP Social 50 ini juga, Baekhyun diletakkan di tempat ke-6 untuk artis solo popular di negara itu selepas Ariana Grande, Billie Eilish, Justin Bieber, Cardi B, dan  Fiersa Besari.

Baekhyun dikenali kerana pengaruhnya di media sosial dan kesediaannya untuk berinteraksi dengan peminat telah memberikan kelebihan buatnya. Selain memiliki album solo pada tahun ini, Baekhyun juga bergiat aktif di di dalam kumpulan kpop Super M. Meskipun kumpulan kpop asalnya, EXO tidak dapat berfungsi ketika ini berikutan beberapa ahlinya sedang menjalani khidmat ketenteraan, Super M telah membuatkan namanya lebih dekat dan sinonim dengan rakyat Amerika Syarikat.

Sumber: Billboard

loading...