Bekas peserta “Produce 101 Musim 2” dijatuhi hukuman percubaan kerana mengugut bekas teman wanita dengan senjata

Seorang peserta dari rancangan Produce 101 Musim 2 telah menerima hukuman percubaan  kerana mengugut dan mencederakan bekas teman wanitanya. Dikhabarkan pelatih itu merupakan penyanyi idol di bawah sebuah agensi.

Menurut Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada 19 Ogos, seorang penyerang lelaki ‘A’ (26) telah dijatuhkan hukuman percubaan kerana mengugut bekas teman wanitanya ‘B’ dengan senjata.

‘A’, yang dikatakan bekas peserta program survival Mnet ‘Produce 101’ musim ke-2, menceroboh masuk rumah ‘B’ pada Oktober tahun lalu. ‘B’, yang merupakan teman wanita ‘A pada masa itu, enggan bertemu dengan ‘A’. Akibatnya, ‘A’ menceroboh masuk ke rumah ‘B melalui balkoni. ‘A’ kemudiannya memeluk leher ‘B’ dan mengheretnya ke ruang tamu, kemudian mengambil pisau kecil dari dapur, menggunakan senjata itu untuk menuntut ‘B’ meneruskan hubungannya dengan ‘A’. Apabila ‘B’ menolak, ‘A’ mencekik leher ‘B. Jiran-jiran yang mendengar jeritan ‘B terus menghubungi polis.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul membuat kesimpulan, “Mangsa mengalami kejutan dan kesakitan yang amat sangat akibat kejadian ini, dan tidak akan memaafkan ‘A’ atas tindakannya. Bagaimanapun, defendan mengaku jenayahnya, yang dipercayai telah dilakukan secara impulsif.”

‘A’, yang didakwa dan didapati bersalah menceroboh rumah ‘B’, mendatangkan kecederaan fizikal, dan mengancam menggunakan senjata, telah dijatuhi hukuman penjara 1 tahun jika dia melakukan jenayah yang sama dalam tempoh percubaan tempoh 2 tahun. ‘A’ juga akan berada di bawah pengawasan pelindung selama 1 tahun, dan mesti menyelesaikan 80 jam perkhidmatan masyarakat.

Sumber : Naver | mk.co | sports.donga