Peniel BTOB berehat seketika dari aktiviti seni untuk jalani pembedahan dibuku lalinya

Peniel akan berehat sementara daripada sebarang aktivi seni kerana berdepan kecederaan dibuku lalinya (tendon Achillesnya pecah).

Pada 12 Ogos, Cube Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa Peniel telah tercedera dipergelangan kakinya dua hari lalu dan akan menjalani pembedahan untuk kecederaannya itu.

Bagi memberi tumpuan kepada pemulihannya, Peniel akan menghentikan sementara semua aktiviti sehingga buku lalinya pulih.

Kenyataan penuh Cube Entertainment adalah seperti berikut:

Helo, ini Cube Entertainment.

Ahli BTOB, Peniel telah menghentikan sementara aktivitinya kerana kecederaan buku lali.

Pada petang 10 Ogos, Peniel cedera dipergelangan kakinya semasa bersenam, dan dia dibawa ke hospital, di mana dia menerima pemeriksaan menyeluruh dan rawatan kecemasan.

Keputusan pemeriksaannya menunjukkan bahawa tendon Achillesnya telah pecah, dan menurut pendapat doktor dia perlu menjalani pembedahan. Sehubungan itu, dia telah memutuskan untuk menjalani pembedahan hari ini (12 Ogos).

Memandangkan kami percaya bahawa kesihatan artis adalah keutamaan kami berbanding segala-galanya,  Peniel akan berehat sementara daripada semua aktiviti, dan kami telah memutuskan bahawa dia akan memberi tumpuan penuh untuk proses pemulihannya.

Oleh itu, kami ingin memaklumkan bahawa sehingga kecederaan buku lali Peniel sembuh, dia akan berehat daripada kedua-dua aktiviti kumpulan BTOB dan aktiviti individunya.

Kami memohon maaf kerana telah buat peminat semua bimbang. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu Peniel pulih.

Terima kasih.

Semoga cepat sembuh, Peniel!

Sumber :

loading...