Yook Sungjae, Jung Chaeyeon, Yeonwoo, Lee Jong Won, & Ramai Lagi Hadir Sesi Bacaan Skrip Drama Terbaru MBC

MBC telah mengeluarkan gambar dari bacaan skrip pertama drama Jumaat-Sabtu mereka yang akan datang!

“Golden Spoon” (terjemahan literal) adalah berdasarkan webtoon dengan nama yang sama dan menceritakan kisah tentang seorang kanak-kanak yang dilahirkan dari keluarga miskin yang menggunakan sudu emas misteri untuk menukar nasib dengan rakan yang dilahirkan dari keluarga kaya.

Hadir pada bacaan skrip pertama untuk “Golden Spoon” ialah pengarah Song Hyun Wook dan penulis Yoon Eun Kyung dan Kim Eun Hee. Mereka disertai oleh barisan pelakon iaitu Yook Sungjae BTOB, Lee Jong Won, Jung Chaeyeon DIA, Yeonwoo, Choi Won Young, Son Yeo Eun, Choi Dae Chul, Han Chae Ah, Song Ok Sook dan ramai lagi. Walaupun drama ini dibarisi pelakon berbeza generasi dan dari semua peringkat umur, mereka tetap mempamerkan sinergi cemerlang mereka sejak pertemuan pertama itu.

Yook Sungjae membawakan watak sebagai Lee Seung Chun, seorang pelajar yang bermimpi untuk mengubah hidupnya dengan sudu emas. Pada bacaan itu, Yook Sungjae mempamerkan keserasian yang luar biasa dengan rakan pelakonnya dan menggambarkan sisi manis wataknya.

Lee Jong Won memainkan watak Hwang Tae Yong yang akhirnya bertukar nasib dengan rakannya, Lee Seung Chun di atas kehendaknya. Dengan sudu emas misteri yang mengikat Lee Seung Chun dan Hwang Tae Yong bersama-sama, penonton boleh menantikan keserasian antara Yook Sungjae dan Lee Jong Won.

Jung Chaeyeon DIA akan memainkan watak Na Joo Hee, seorang anak perempuan daripada keluarga kaya yang cintakan keadilan. Manakala, Yeonwoo sebagai Oh Yeo Jin, seseorang daripada keluarga kaya dengan personaliti yang cantik dan berani.

Sementara itu, peranan ibu bapa Lee Seung Chun dan Hwang Tae Yong akan dilakonkan oleh Choi Won Young, Choi Dae Chul, Han Chae Ah, dan Son Yeo Eun, yang kesemuanya menunjukkan semangat mereka dengan gambaran realistik mereka sebagai pasangan suami isteri.

Pelakon veteran Song Ok Sook akan melakonkan watak “nenek sudu emas” misteri yang merupakan salah satu peranan terpenting dalam drama itu, tetapi identiti sebenarnya masih belum didedahkan. Selain itu, Lee In Hye muncul sebagai penulis Wang, Jang Ryul sebagai Seo Joon Tae, Kim Eun Soo sebagai Lee Dong Kyung, dan Jo Deok Hoe sebagai Park Jae Don.

“Golden Spoon” dijadualkan untuk tayangan pada September depan.

Sumber : news1

loading...