Michael Learns To Rock akan temui peminat di Malaysia Oktober depan

Menyanyilah sepuas hati anda dan bergembira dengan salah satu kumpulan lagend di dunia – Michael Learns To Rock (MLTR) kerana mereka kembali ke Malaysia untuk one-night only live concert  yang merupakan sebahagian daripada siri jelajah terbaru mereka .

Dianjurkan oleh MIC Entertainment Group, MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 akan berlangsung pada hari Sabtu, 22 Oktober 2022, 8:30 malam bertempat di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Pengunjung konsert boleh menantikan saat untuk menyanyi bersama-sama dengan rentetan hits klasik seperti “Take Me To Your Heart”, “25 Minutes”, “That’s Why You Go Away” dan “Paint My Love” dengan trio, yang dianggotai oleh ahli Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kåre Wanscher.

Memulakan karier mereka pada tahun 1988 di Aarhus, Denmark, MLTR telah mengeluarkan 9 album studio dan 19 album kompilasi sehingga kini dengan beberapa single hit emas, platinum dan multi-platinum di bawah pencapaian cemerlang mereka.

Dengan jualan rekod global melebihi 11 juta album fizikal dan lebih daripada 6 juta muat turun berbayar, muzik mereka masih lagi bertahan biarpun dengan peredaran masa kerana ianya terus distrim dan ditonton menerusi platform digital utama. Muziknya juga masih terus bergema dikalangan beberapa generasi di seluruh dunia.

MLTR, yang telah memenangi pelbagai anugerah di banyak negara selama ini, tidak menunjukkan tanda-tanda akan memperlahankan perjalanan seni mereka walaupun telah memainkan lebih 600 konsert di seluruh dunia. Tanpa kenal erti lelah, mereka akan terus mengadakan siri jelajah dan mengadakan persembahan yang hebat untuk peminat diserata dunia.

Anda boleh dapatkan tiket ke MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 melalui www.rwgenting.com atau my.bookmyshow.com mulai 12 Ogos dan seterusnya! Tiket berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM 238 (PS3) dan RM158 (PS4) . Harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan sebanyak RM4.

Untuk maklumat lanjut, like dan ikuti MIC Entertainment Group di Facebook di www.facebook.com/MICEntertainmentGroup

loading...