“Extraordinary Attorney Woo” & “Big Mouth” Dominasi Tempat Teratas Drama dan Pelakon Paling Buzz

“Extraordinary Attorney Woo” dan “Big Mouth” terus mendominasi kedudukan drama dan pelakon paling popular minggu ini!

Untuk minggu keenam berturut-turut, “Extraordinary Attorney Woo” kekal di No. 1 dalam senarai mingguan Good Data Corporation bagi drama yang paling banyak menjana buzz. Syarikat itu menentukan kedudukan setiap minggu dengan mengumpul data daripada artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video dan media sosial tentang drama sama ada sedang disiarkan atau akan disiarkan tidak lama lagi.

Selain itu, bintang “Extraordinary Attorney Woo” Kang Tae Oh mengekalkan kedudukannya di No. 1 dalam senarai pelakon drama paling popular untuk minggu keempat berturut-turut. Pelakon drama itu yang turut tersenarai dalam carta teratas minggu ini adalah: Park Eun Bin berada di No. 2, Kang Ki Young di No. 4, dan Joo Jong Hyuk di No. 8.

Sementara itu, “Big Mouth” kekal di No. 2 dalam senarai drama pada minggu kedua ianya disiarkan, dan bintang utamanya Lee Jong Suk dan YoonA Girls Generation juga turut mengekalkan kedudukan masing-masing di No. 3 dan No. 7 dalam senarai raking pelakon paling buzz.

“Alchemy of Souls” tvN juga mempertahankan kedudukannya di No. 3 dalam senarai drama, dengan bintang Lee Jae Wook dan Jung So Min bertukar kedudukan di No. 5 dan No. 6 masing-masing dalam ranking pelakon.

Drama baharu SBS “Today’s Webtoon” menduduki tempat ke-4 dalam senarai drama, manakala teraju wanita utamanya Kim Sejeong menduduki tempat ke-10 dalam senarai pelakon.

Akhir sekali, drama baharu tvN “Poong, The Joseon Psychiatrist” muncul di No. 5 dalam senarai drama minggu ini.

10 drama teratas yang paling banyak menjana buzz pada minggu pertama bulan Ogos adalah seperti berikut:

  1. ENA “Extraordinary Attorney Woo”
  2. MBC “Big Mouth”
  3. tvN “Alchemy of Souls”
  4. SBS “Today’s Webtoon”
  5. tvN “Poong, The Joseon Psychiatrist”
  6. KBS2 “Gold Mask”
  7. KBS2 “It’s Beautiful Now”
  8. JTBC “The Good Detective 2”
  9. KBS2 “Jinxed at First“
  10. tvN “Adamas”

Sementara itu, 10 pelakon drama terbaik yang paling banyak menjana buzz minggu ini adalah seperti berikut:

  1. Kang Tae Oh (“Extraordinary Attorney Woo”)
  2. Park Eun Bin (“Extraordinary Attorney Woo”)
  3. Lee Jong Suk (“Big Mouth”)
  4. Kang Ki Young (“Extraordinary Attorney Woo”)
  5. Lee Jae Wook (“Alchemy of Souls”)
  6. Jung So Min (“Alchemy of Souls”)
  7. YoonA (“Big Mouth”)
  8. Joo Jong Hyuk (“Extraordinary Attorney Woo”)
  9. Yeon Min Ji (“Gold Mask”)
  10. Kim Sejeong (“Today’s Webtoon”)

Sumber : mydaily

loading...