Jiho bekas ahli Oh My Girl kini mahu dikenali sebagai Gong Jiho, mulakan karier sebagai pelakon di agensi baru

Pada 10 Ogos 2022, syarikat pengurusan P& Studio mendedahkan, “Kami telah menandatangani kontrak eksklusif dengan bekas ahli Oh My Girl, Jiho.”

Agensi itu menyambung, “Jiho akan memulakan kerjayanya dalam lakonan menggunakan nama promosi baharu, Gong Jiho.”

Kami berjanji untuk menyokong penuh Gong Jiho supaya dia dapat menunjukkan bakatnya dengan sebaik mungkin dan berkembang menjadi seorang pelakon yang berbakat.

Dalam pada itu, Gong Jiho turut mengeluarkan foto terbarunya sebagai titik tolak kepada permulaan baru kariernya. Perhatian tertumpu kepada jenis aktiviti dan penampilan yang akan ditunjukkannya sebagai pelakon pada masa hadapan.

Untuk makluman, Jiho mengumumkan pemergiannya daripada Oh My Girl serta agensi sulungnya WM Entertainment pada April tahun ini. Oh My Girl mula debut pada 2015 dengan EP bertajuk “Oh My Girl” yang turut menampilkan lagu “Cupid”.

Kami ucapkan selamat maju jaya buat Gong Jiho.

Sumber : sports.donga

loading...