Lee Yo Won & Yoo Ji Tae sah bergandingan sama dalam SBS Different Dream

Berita ini agak mengejutkan peminat kdrama sekalian apabila pelakon Lee Young Ae mengambil pendirian untuk berundur setelah mengesahkan penglibatannya di dalam drama SBS Different Dream sejak hampir setahun yang lalu.

Lee Yo Won yang baru saja menerima tawaran melakonkan watak diberikan pada Lee Young Ae ini, telah pun mengesahkan membintangi drama berkenaan bersama Yoo Ji Tae pada hari ini. Lee Young Ae akan membawakan watak sebagai pakar bedah Lee Young Jin, yang dibesarkan oleh keluarga dari Jepun, akhirnya menjadi ‘perisik’ yang ditugaskan oleh Kerajaan Jepun-Shanghai untuk menggolakkan lagi peperangan Pasifik berlaku pada 1941 sehingga 1945. Drama ini akan mempersoalkan bagaimana dilema seorang yang berketurunan Korea tapi mempunyai identiti Jepun dalam membantu pihak yang sepatutnya menang dalam peperangan tersebut. Peperangan ini berakhir selepas Jepun mengaku kalah akibat kedua-dua bandar Nagasaki dan Hiroshima dimusnahkan dengan bom atom.

Sementera itu, Yoo Ji Tae sebagai Kim Won Bong, yakni seorang ketua kumpulan rahsia yang menggerakkan pertubuhan untuk menggulingkan kerajaan proksi Jepun yang memerintah Korea pada masa itu. Kim Won Bong merupakan seorang pelajar di Universiti Nanjing Jinling pada 1919, di mana beliau dipengaruhi dengan gerakan anti-penjajahan Jepun. Beliau melibatkan dirinya di dalam aktiviti pembuatan bom dan senjata api untuk melawan tentera Jepun secara terang-terangan sehingga menyebabkan beliau menjadi pelarian apabila diburu oleh pihak tentera Jepun. Watak Kim Won Bong ini juga telah mengingatkan kita pada watak lakonan Yoo Ah In di dalam tvN Chicago Typewriter, juga sebuah drama bertemakan perisikan.

Drama ini akan memulakan penggambaran di Mongolia dan Shanghai untuk mewujudkan suasana Kyungsung. SBS Different Dream akan diarahkan oleh Yoon Sang Ho, iaitu pengarah SBS Saimdang dan dijangka disiarkan pada tahun 2019 sebagai seratus tahun penubuhan kerajaan republik Korea.

Sumber: OSEN , news mk

loading...