Jung Yong Hwa, Cha Tae Hyun, Kwak Sun Young dan Ye Ji Won bintangi drama penyiasatan ‘Brain Cooperation’

Jung Yong Hwa CNBLUE, Cha Tae Hyun, Kwak Sun Young, dan Ye Ji Won akan membintangi drama KBS2 terbaru iaitu “Brain Cooperation”.

“Brain Cooperation” ialah sebuah drama penyiasatan komedi dengan elemen sains tentang dua lelaki, pakar saraf Shin Ha Ru dan detektif Geum Myung Se yang ingin membunuh satu sama lain setelah mereka berkerjasama untuk menyelesaikan kes jenayah yang melibatkan satu penyakit otak.

Drama ini akan menyampaikan tawa dan mesej yang menyentuh perasaan apabila pakar saraf Shin Ha Ru, yang memiliki otak yang sangat istimewa, bekerjasama dengan detektif Geum Myung Se, yang mempunyai otak pak turut, mempamerkan keserasian sepanjang drama ini.

Jung Yong Hwa memainkan watak Shin Haru, seorang pakar saraf daripada keluarga doktor profesional. Shin Ha Ru digambarkan satu watak yang penuh keyakinan dan sering bertindak berani mengikut kepercayaan dan prinsipnya sendiri mengenai undang-undang, duit, wanita, kesunyian dan kematian. Dia juga bertindak kejam tanpa belas kasihan kepada orang yang dianggap sebagai sampah.

Cha Tae Hyun memainkan watak Geum Myung Se, seorang detektif detektif baik hati yang menghidap penyakit otak altruistik. Biarpun dia adalah detektif yang terlibat dalam korupsi dan tampak kasar pada penampilannya, Geum Myung Se sebenarnya seorang yang baik dan berperikemanusiaan.

Kwak Sun Young memainkan watak Seol So Jeong, seorang penyiasat hipnosis forensik. Dia seorang yang pemalu dan suka bertolak ansur, tetapi dia berdepan dengan satu situasi yang benar-benar mengubah personalitinya.

Manakala, Ye Ji Won memainkan watak Kim Mo Ran, bekas isteri Geum Myung Se, yang mempunyai nafsu yang tidak terkawal. Kim Mo Ran sentiasa menukar lelaki dan mempunyai hubungan sulit sehinggakan dia seringkali curang terhadap perhubungannya. Walaupun selepas bercerai, Kim Mo Ran tetap berani meminta pelbagai bantuan daripada Geum Myung Se.

Pihak produksi turut berkongsi dengan menyatakan, “Jung Yong Hwa, Cha Tae Hyun, Kwak Sun Young dan Ye Ji Won, punya semangat yang tinggi dan mempunyai kemahiran lakonan yang mantap. Ini akan menjadikan ‘Brain Cooperation’ lebih sempurna”.

“Brain Cooperation” akan ditayangkan pada tahun 2023.
Sumber : heraldpop

loading...